photography anda

photography anda
snap je kalau xtau..t dpt la pix yg menarik

Monday, July 25, 2011

Telemovie baru


.. " BILA SERU ITU SAMPAI , TIADA SIAPA DAPAT MENGHALANG " ..

Pengarah : Izzman Hafiz . Skrip : Aucu . Pelakon : Dato Rahim Razali . Nassir Bilal Khan . Razali Hussain . Jue Aziz . Hasnah Hamid . Hafiz Haruddin DLL . Tayangan : TV AL HIJJRAH ( Chennal 114 - Astro ) . Pada : HARI RAYA KE-3 / JAM 9.00 Malam . Poster : Aucu

Kadang Cinta Itu Ada di Depan Kita

Labels: Jiwa Sayu


....Ingin aku mendaki semula ke tangga tangga ke pintu bahagia, mencari cahaya cinta yang sebenarnya pernah ada antara aku dan kamu...

Dalam hidup ini, kita perlukan sesuatu dalam istilah menerima dan memberi.. Timbal balik daripada sesuatu yang diterima dan diberi melahirkan suatu perasaan menghargai antara satu sama lain.. Perasaan dalam menghargai sesuatu atau seseorang tidak semestinya dinyatakan dalam bentuk tutur kata..

Kadang dalam menghayati sesebuah erti perhubungan dan perasaan cinta itu diluahkan di dalam bentuk perbuatan.. Butakah mata yang memandang sepi akan terzahirnya sesuatu, tidak dapat menilai ertinya bahasa tubuh yang dipamerkan.. Tidak memahami atau sengaja membiarkan diri dirangkap sombong akan diri dalam menghargai sesuatu yang di hadapannya..

Orang yang menyintaimu, kadang tidak meluahkan kata cinta setiap masa.. Hanya kadang kadang masa yang amat bererti dan sesuai sahaja akan diungkapkan.. Namun dari segi perbuatannya, di setiap layanan yang diberikan tersuratnya makna tersirat.. Dan mungkin itu caranya menghayati setiap saat bersama kamu

Kamu akan selalu mengingati kata kata yang di ucapkan oleh pasangan kamu dulu di saat pertemuan.. Dan kata kata yang di ucapkan sering bermain di minda dan fikiran dan selalu terpahat di dalam memori kamu.. Kadang kata kata yang dilemparkan oleh si dia menjadi sumber semangat kamu dalam melakukan sesuatu atau menjadi panduan..

Buat seseorang yang masih mencintai dan menaruh harapan, pasti akan selalu mengingat setiap kejadian yang kamu lalui bersama dia, dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersama dia itu tidak biasa berulang selalu.. Dan kerana setiap saat berlalu bersama si dia adalah saat yang amat berharga..

Kita akan selalu leka akan perkara yang selalu asyik di buai dengan perasaan sedangkan berada kita di sini bukanlah menyesali perkara yang lepas.. Namun sekuat mana kita untuk melupakan, kuat lagi kenangan itu datang mengusik di sanubari..

Itulah kita, dan bila perginya seseorang tanpa kita sedari.. Dan di saat kita terasa kehilangannya, baru menyesali bahawa si dia benar benar menyintai kita.. Kerana kita tidak menghargai tika ada..

Tiada guna punyai hati tapi tidak dapat menilai erti kasih yang diberi.. Tiada guna punyai mata jika hanya memandang tanpa melihat budinya.. Belajarlah menghargai.. Kenalilah hatinya..

Aku mentari tapi tak menghangatkanmu
Aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
Aku sang bulan tak menerangi malammu
Aku lah bintang yang hilang ditelan kegelapan

Jodoh itu rahsia Allah SWT

Labels: Santapan Jiwa

...Ya Allah.. Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu...

Jodoh itu adalah rahsia Allah SWT terhadap kita.. Dan sesungguhnya kita tidak tahu dan dapat meramal apa yang di masa hadapan.. Siapa jodoh kita, berada di sisi kita sama ada sihat atau sakit.. Di masa susah atau senang.. Di waktu suka atau duka.. Dan siapa wajah yang akan bersama sama kita hingga ke akhir hayat? Ya.. Itulah rahsia di dalam kehidupan kita..

Kadang kita menyangka, antara kita dengan seseorang itu dekat dan amat rapat hubungan itu.. Dan sering kita sangkakan dialah segalanya.. Sehinggakan kita lupa akan suratan dan takdir.. Kita amat yakin dan pasti si dia adalah jodoh kita.. Sedangkan antara kita dan dia belum menjadi halal lagi..

Kita sering merancang akan satu kehidupan yang bahagia bersama si dia insan yang kita sayangi.. Satu kisah percintaan yang panjang di dalam sejarah hidup.. Dan kita terus di alam mimpi kerana impian mendirikan rumah tangga dengan orang yang kita sangkakan itulah permata hati kita.. Sedangkan kita manusia, merancang cumalah watak kita.. Sesungguhnya sebaik baik perancangan adalah dari Allah SWT..

Di dalam meniti hari bahagia, di alam percintaan.. Kita sering meluahkan kata kata manis.. Berjanji sumpah setia dan sehidup semati.. Tetapi sedangkan antara realiti sebenarnya, kita dan si dia cuma bertemu dan bercinta.. Belum pasti punyai jodoh sehidup dan berpisah kerana suami isteri yang sah..

Kerana itu lah, setiap percintaan di masa sebelum berlakunya perkahwinan hendaklah bercinta secara bersahaja.. Berkawan mengenal erti hati budi masing masing.. Kerana belum tentu itu jodoh kamu dan dia..

Cuba kita bayangkan, hubungan percintaan antara kamu dan dia amat rapat dan sama sama di puncak bahagia.. Kemudian berjanji untuk berkahwin.. Akan tetapi, bisikkan syaitan dan hawa nafsu yang tidak terkawal, terjadinya satu perzinaan.. Tidak malukah kita, tidak suci dan menyerah pada yang bukan hak?

Tak kira perempuan atau lelaki, jagalah maruah diri.. Jagalah kehormatan diri.. Pergaulan yang mesra ala ala suami isteri tetap haram dan bukan halal jika belum mempunyai hubungan sah suami isteri..

Dua insan yang ditemukan antara satu sama lain untuk menjalin perhubungan yang lebih jauh demi melangkah hari ke hari hingga akihir usia, hingga akhir hayat.. Dan langkah langkah kita mesti berani tanpa menoleh lagi sejarah lalu untuk di kembali.. Menjadi satu kekuataan dalam diri menjamin kehidupan yang lebih sempurna dalam perjalanan yang masih lagi panjang..

Dan siapa sangka, orang yang kita benci menjadi jodoh kita.. Dan mungkin, jodoh kita itu orang yang kita langsung kita tidak kenal.. Dan mungkin orang yang kita kenal tapi tidak kita sangka menjadi sebahagian dari hidup kita.. Tidak perlu aku huraikan di sini..

Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dijangka, dicuba-cuba dan diagak-agak.. Bila akad telah di lafazkan bersaksi dan berwali maka tiada ruang untuk berpatah balik.. Apa jua yang berlaku selepas itu redhakan, tempuhinya walau betapa sukar pun ia.. Takkan ada ruang untuk kita menyesali sesuatu yg sememangnya dahulu adalah kehendak kita..

Buat jodohku, terima kasih menerima diriku yang serba kekurangan ini seadanya.. Sudah tertulis aku dan kamu adalah jodohku dan atas kasih cinta yang bersemi mohon agar mekar hingga ke syurga.. Berpisah kita cuma mati..

Berlajarlah untuk menerima dan mensyukuri apa yang ada, apa yang menjadi milik kita dan usahlah melayani perasaan diri yang selalu di tikam bisikkan nafsu..

Menyedari satu tanggungjawap adalah kemestiaan yang dipikul dan bukan hanya menjadi cerita membasi buta.. Dan kita punyai kehidupan demi menjadi menjadi hamba yang bertakwa kepadaNya..

Jika Tiada Lagi Kisah, Tutup Saja Cerita

Labels: Buat Pendoman Jiwa
...Jangan melepaskan apa yang berada berhampiran dengan kita dengan bermimpikan tentang apa yang jauh daripada kita..

Selalu kita bertanya pada hati kita, mengapa masih ada air mata ini mengalir walau tika kita melepaskan cinta itu berlali pergi dengan hati yang rela.. Dan kita memandang sayu pada bayang yang berlalu, dengan hati yang berat.. Menangisi keseorangan dalam dalam menjejak perginya wajah yang pernah membuatkan kita bahagia.. Sedangkan kita ikhlas melepaskan cinta itu berlalu namun mengapa mesti ada lagi air mata yang mengalir tanpa ada belas?

Dan kadang kita merintih sayu.. Mengenang kembali wajah bahagia yang pernah bertemu.. Mengapa masih ada rindu tika tiada lagi kembali waktu itu.. Dan masih lagi merasakan dalam yang amat pada kenangan yang mengusik jiwa.. Walau kita tahu, masa yang dulu takkan waktu berputar.. Mengapa masih ada bayang semalam tika wajah dia sudah tiada lagi di sisi?

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah.. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi

Kita kadang selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah itu saja yang di minda tanpa memikirkan hal lebih penting dari soal hati.. Lemah kita dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang..

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kita kuat dan tabah meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu.. Mana perginya anak keluarga ini yang dulunya berjanji mahu berjaya dalam hidup..

Dan kenangan itu selalu datang dan sering mengusik jiwa, pada masa kesunyian atau di kala sepi yang panjang.. Kenangan sering dikaitkan pengalaman yang manis atau kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Kenangan akan terus mekar untuk diingati dan amat susah untuk di lupa..

Buat seseorang yang kamu masih mencintai dan menaruh harapan, kamu pasti akan selalu mengingat setiap kejadian yang kamu lalui bersama dia, dan saat itu, mata kamu pasti berkaca. kerana saat bersama dia itu tidak biasa berulang selalu.. Dan kerana setiap saat berlalu bersama si dia adalah saat yang amat berharga..

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita, sudah tentunya kita akan perolehi.. Apa yang kita paham tentang takdir dan ketentuanNya.. Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita cumalah hamba Allah yang mana wajib mempercayai dan menerima Rukun Iman..

Kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu.. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu sudah pudar.. Tapi kerana sombong akan diri atau tidak dapat menerima kenyataan, dan kita selalu saja menceriakan diri kita satu perbohongan yang nyata.. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti..

Itulah kita, selalu tertewas dengan bisikkan halus menyedapkan hati kita.. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang..

Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi.. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat..

Jangan di harapkan satu mimpi indah menjadi nyata jika masih lagi di dalam lena yang panjang..

Kita sering lupa pada Dia

Labels: Buat Pendoman Jiwa


Ingat Dia -

Mengapa kita sering cemburu?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bahawa orang yang kita sayang bukan hak kita..

Mengapa kita sering malas?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bagaimana untuk rajin.

Mengapa kita pentingkan diri?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bahawa kita hidup bukan sendiri.

Mengapa kita tamak?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bagaimana untuk bersyukur.

Mengapa kita sering bermurung-murung?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bahawa itu amalan orang tidak bersyukur.

Mengapa kita sering kecewa?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bagaimana untuk tawakkal.

Kenapa kita sering bangga diri?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bagaimana untuk merendah diri.

Mengapa kita sering resah?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bagaimana untuk bertenang.

Mengapa kita sering marah?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bagaimana untuk bersabar.

Mengapa kita sering membenci?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bagaimana untuk menyayangi.

Kenapa kita sering mengutuk?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bahawa kita juga punya kekurangan.

Kenapa kita sering mengeluh?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bahawa setiap sesuatu pasti ada hikmahnya.

Kenapa kita sering menipu?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bagaimana untuk berlaku jujur.

Kenapa kita sering membuat maksiat?
Kerana kita lupa Dia,
Oleh itu, Dia buat kita lupa bahawa dunia hanya sementara.

Kenapa kita lupa Dia?
Kerana kita sudah menanam sifat WAHN dalam diri,
Kerana hati kita sudah hitam,
Kerana kita terlalu banyak membuat dosa,
Kerana kita sering menangguhkan kebaikan,
Kerana kita tidak mempelajari erti ayat suci-Nya,
Kerana kita tidak sujud menyembah-Nya,
Wahai aku, Ingat Dia

-sumber-

Pramugari Dan Ulama

Labels: Buat Pendoman Jiwa

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya kesingki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu lalu menegurnya…
Pramugari : (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki.Ini tempat basuk muka, bukan basuh kaki!
Ulama : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?
Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!
Ulama : (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!

p/s : renungan bersama.

Jika Cinta Hanya Untuk Kecewa, Lebih Baik Tak Pernah Ada

Labels: Buat Pendoman Jiwa, Jiwa Sayu
...Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta kedalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan.. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan...




Putus cinta itu sebenarnya amat pahit sekali.. Kita marah, kecil hati dan rasa seolah ditolak ketepi.. Tapi ingatlah, ingat bahawa ada yang lebih baik sedang memandang kita.. Ada yang lebih baik yang Tuhan hadiahkan pada kita.. Andai telah di takdirkan dia jodoh kita, maka akan hadir cinta agung itu sebesarnya..

Hilangnya cinta yang selalu di anggap jodoh memang meninggalkan kesan yang mendalam.. Sakit yang dirasa tidak mampu di ungkap dengan kata kata.. Hanya yang merasaikan, tahu betapa peritnya derita putusnya cinta..

Hari demi hari seolah hilang satu jiwa.. Seolah hilang satu semangat untuk melangkah kedepan.. Masih mencari cari mana gantinya impian yang dulu ingin bersama sama.. Namun tiada.. Masih lagi teringat dan rindu yang amat kuat.. Masih lagi ampuh dan kering satu hati.. Yang dirasakan hati itu telah mati.. Yang di rasakan hati itu tiada lagi rasa..


Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.. Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?

Kita sering menyalahkan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada kita.. Dan kita lupa dan selalu saja alpa di dalam menerima ketentuanNya.. Kita menjadi seakan menidakkan kebenaran sedangkan yang telah tersurat itu telah nyata.. Tiada jodoh antara kita dan dia.. Namun kita masih lagi di dalam khayal yang panjang, merasakan itu hanya mimpi dan sementara..

Ku selam lautan Cinta.. Aku lemas dalam gelombangnya.. Lautan semakin menghukum perasaan.. Ombak memukul jiwa.. Aku terdampar di tepian muara ombak.. Buih mu beralun indah.. Desiran pantai berlagu merdu.. Kini Ku kenal erti CINTA

Usah di simpan jauh erat kesedihan itu, kelak hanya membuatkan makin menyakitkan di dalam jiwa.. Jangan di telan rasa sayu itu ianya nanti hanya memakan diri sendiri dalam diam tanpa kita tahu kesannya.. Langsung tiada celanya membiarkan kesedihan itu pergi dan percaya dengan yakin, maruah kita masih ada walau kecewa itu dihanyutkan perlahan lahan.. Percaya dan yakin masih ada jauh cahaya menanti walau cinta yang disangka cita cita pergi..

Setiap perjalanan kehidupan yang dilalui adalah ketentuan dan takdir pada kita.. Dan itulah pengalaman yang mengajar kita untuk terus lebih gagah dalam memberi kekuatan menghadapi dunia kita yang semakin jauh kita tertinggal.. Kerana merasakan telah tewas dan hanyut, kita memendam rasa sakit itu diam diam.. Menanah dalam hati membuatkan hati semakin takut menerima cinta baru yang datang.. Kerana kita takut itu melepaskan kekecewaan itu.. Dan terlalu bersikap bersahaja sedangkan hati merana dalam kesedihan menahan kesedihan cinta pergi..

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.. Itulah Cinta ...

........

Cinta Bukan Segalanya

Labels: Buat Pendoman Jiwa


...Pesan pada hati, usah terlalu membenci akan satu wajah, kerana rindu pasti bertandang.. Pesan pada hati, jangan merindu pada kenangan, kerana pasti akan mengalir air mata kesedihan.. Pesan pada hati, jangan di kenang kenang akan cinta lalu, kerana akan ada kecewa yang hadir..

Cinta itu kekuatan dalam diri memberi satu perasaan yang sukar dinyatakan.. Dan selalunya kita tidak menduga bila datangnya satu perasaan yang digelar cinta itu hadir.. Dan ada satu tika cinta itu datang, kita langsung tidak menyedari hinggakan pada satu saat bila kita lepaskan seseorang.. Di saat itulah baru kita tahu dan sesal tiada gunanya lagi..

Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.. Memang perit menghadapi kenyataan bila apa yang di cita tidak selari dengan rasa yang mencengkam.. Dan seolah olah dunia tidak adil pada kita.. Memberi kita satu tekanan yang kita rasakan kita tidak mampu untuk ditanggung..

Pintaku cuma hapuskan saja kesedihan yang lara.. Usaplah air mata yang mengalir itu.. Hadapilah dengan senyuman akan hari harimu.. Tak ingin lagi melihat kamu melayang dalam duka.. Kerana jauh mana kamu menjauhi, tetap kamu dalam kehormatanku..

Mana rasamu yang dulu, masih tetap segar masa kiniku.. Kerana bagiku kamu selalu ada denganku.. Ada dalam hatiku.. Kerana luka dalam sakit merindui itu amat letih dan sayu menyelami hari mendatang. Dan semakin lama jiwa kan lebih sayu..

Dan kadang kita selalu terleka dengan buaian nafsu yang menggoda.. Mencari suatu rasa yang kita rasakan itulah cinta.. Dan sering kita tertipu dengan bisikkan manja yang datang.. Seolah kita punya rasa.. Seolah itulah cinta.. Tapi kita silap dalam menilai.. Itulah bahana.. Kerana mencintai suatu yang bukan milik kita.. Mencari bukan hak kita..

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNYA akan lebih menjamin dunia dan akhirat.

Kita Meratap Akan Luka Kuat di Dalam Dada

Labels: Buat Pendoman Jiwa
...Kita menyalahkan butanya cinta itu kerana pandangan kita hilang dalam samar gelapnya.. Kita lupa bahawa pada sisi kehidupan yang lebih tenang dan abadi cinta yang berlalu itu tidak pernah buta, jahat dan kotor.. Ianya mengajar kita untuk mengenal akan kehidupan, akan sabar, akan setia manusia dalam diri kita..



Dalam mengejar erti cinta sejati, sering kita salah menilai.. Kadang kita katakan itulah cinta kita yang sejati.. Kadang kita salahkan bila tiada cinta bersemi.. Siapa yang salah? Cintakah yang salah? Atau kekurang diri kita sendiri yang salah meletakkan erti sebuah nilai cinta itu..

Cinta yang hadir kadang menyedihkan seseorang bila nilai kemanisan sesebuah cinta yang di dambakan itu tidak tercapai selari dengan mimpinya.. Kadang kita akan selalu saja menyalahkan suratan atas kehilangan sesebuah cinta yang gagal.. Sehinggakan tiada langsung suara indah menyatakan cinta itu bahagia.. Dan terus mendendami erti kekosangan jiwa yang tidak tenang..

Bila kita putus cinta, kita akan menjadi terlalu benci pada manusia yang pernah mendampingi dan pernah hadir dalam hidup kita.. Kerana bagi kita, dia telah pudarkan yakin kita pada warna cinta itu sendiri.. Kita merasakan bahawa kita telah pun di butakan oleh cinta yang tiada penghujungnya dan kita meratap akan luka kuat di dalam dada.

Amat beruntunglah pada pasangan yang saling menyintai dan bersama selamanya hingga akhir hayat.. Bukan semua dapat merasakan.. Kadang bercinta bertahun lamanya.. Bermula episod perkahwinan namun, hancur di tengah jalan..

Dan rindulah aku pada seseorang yang benar benar menghargai aku.. Kerana tidak mahu aku bazirkan rasa hatiku merindui pada yang mengkhianati aku.. Sungguh aku rindukan kamu.. Tapi kamu yang dulu..

Sunday, July 24, 2011

July 2011

Satu benda yang aku x mampu jawab adalah perubahan aku secara mendadak,aku sendiri tidak pasti kenapakah dan mengapakah boleh jadi mcm ni.
Aku seperti kembali pada 5 tahun lalu,di mana masa itu adalah zaman kegemilangan otak giler,zaman2 kegilaan itu bcampur dgn kejahatan dan kenakalan yang sangat melampau…oh.. aku sendiri tidak mampu mengawal diri sendiri.
aku tidak pernah kisah dengan apa orang nak kata,apa saja yang mereka hendak perkatakan itu hak masing2..ada mulut,cakap sajalah!

2011

Serba sedikit membawa aku mengenali bermacam-macam jenis manusa.
Sekali lagi menerokai alam cinta palsu yang di layarkan oleh insan yang bergelar perampuan…
Dari umur belasan hinggalah yang berumur 20an,dari pelajar kelepasan pelajar hingggalah
Mereka yang berkerja.Cinta palsu ni rupanya tidak pernah kira mangsa,umur dan keadaan.

toolbars