photography anda

photography anda
snap je kalau xtau..t dpt la pix yg menarik

Sunday, January 6, 2013

2013

Lama benar sudah tidak menjamu mata dengan limpahan kata2 dalam blog,sedar tak sedar 2012 meninggalkan kita. Mari sama2 kita fikir kembali,tercapaikah impian kita? tercapaikah Azam kita tahun lepas? Aku pasti dan yakin ada lagi orang yang tidak dapat mencapai azamnya,kenapa? sebab tidak ada usaha untuk mencapainya. 


Tahun 2013 datang,orang sibuk buat azam baru walau pun azam lama belum tercapai, Aku? aku tak ada apa2 azam,bukan tak punya wawasan atau impian,tapi aku percaya.. Allah sudah tetapkan kehidupan yang terbaik untuk hamba-Nya. Jadi aku hanya berdoa moga Allah mempermudahkan Urusanku di dunia dan akhirat,apa yang datang aku redah.. Aku belajar menjadi insan yang bersyukur kepada-Nya. 

Semoga apa yang kita lakukan
apa yang kita usahakan
mendapat  rahmat dari Illahi.

Penutup bicara,aku tinggalkan sebuah lirik untuk tatapan kalian.

-->
Ooooo Akulah anak gembala,
Merentas sunggai dan rimba,
Beginilah tiap masa,
Tapi hatiku gembira.
Kegelisahan di dalam kedinginan..
Meniti sepi keseorangan,
Sebuah kematian yang tiada bernisan,
Sendu mengirigi perpisahan,
Sebuah cinta dan harapan,
Menjadi debu berterbangan
Tersekat nafasku,kabur pandangan mataku,
Amat terseksa diri ku kerna kehilanganmu,
Mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup disedari  kau takkan kembali.
 



Friday, June 29, 2012

CINTA KASIH

Seandainya diri ku Bersedia dan mampu Yang ada dalam kasih Mu Yang ada dalam cinta Mu Ya Ilahi Hanya engkaulah Pemilik serata alam Engkau tempat ku bermohon Engkau tempat ku berlindung Ya Ilahi Ya Rahman , Ya Rahim Engkaulah kekasih di jiwa Engkaulah yang amat ku cinta Walau lama mana usia Ya Rahman , Ya Rahim Jangan asingkan kasih cinta Mu Dari dunia hingga keakhirnya Nadi ku terhenti Sesunggunya diri ku Hamba yang tiada punya apa Kasihilah aku Cintailah aku Dan berikanlah hidayah Mu Ya Ilahi Lagu : AZHARY AHMAD Lirik : AUCU ( Luncai Emas Publishing Sdn . Bhd ) Artis : AZHARY AHMAD

HATI QARTINY

“ .. Dia kata sayang , tetapi aku tidak pernah merasakan kasih sayang yang dia katakan itu . Ada sahaja alasannya setiap kali aku meminta penjelasan tentang kasih sayangnya .. Apa yang berat sangat untuk melafaskannya ?.. Kalau benar dia sayangkan aku , salahkah aku bertanya meminta bukti , sayang itu kepada aku ?.. Salahkah aku ?.. Berdosakah aku ?.. Aku sudah bosan dengan mainan kata-katanya . Sekadar untuk menjaga hati aku sahaja , aku rasakan . Dia yang mengheret hati aku , jiwa aku sehingga aku merangkuk sesat dalam dunia aku sendiri . Sampai bila aku masih menunggu , sedangkan hari-hari ku semakin kelam semakin gelap . Sesat ku semakin jauh. Bagai tidak ada titik berhentinya . Aku di biarkan sahaja begitu, tidak di pimpinnya untuk mencari jalan pulang . Sedangkan dia masih lagi gairah dengan ego dan sikap pura-puranya tentang kasih sayang .. Tidak berasa berdosakah dirinya ? , yang telah menjadikan aku hidup begini ?.. Hati aku semakin lama semakin jauh untuk membentuk kemekaran kasih sayang itu . Hati aku sudah lama koyak , sudah lama menangis. Telah aku cuba memujuk hati aku sendiri . Aku tidak akan berpaling lagi kali ini melihat wajah mu . Aku akan pergi tinggalkan mu buat selama-lamanya . Di dalam hati aku sudah penuh dengan janji-janji mu yang tidak pernah terkota , tidak pernah terjawap sehingga membentuk kutul-ketul zarah kebencian yang kuat pada diri mu . Aku cukup-cukup membenci mu . Benci !! .. Moga kau sedar bahawa dunia ini bulat dan satu hari nanti kau tak perlu menyesal bila kau berada di tempat aku sekarang dengan rasa yang sama sepertimana yang aku rasa .. ~ HATI QARTINY ~ By AUCU

KUBUR TAK BERTANDA

Selingkar kasih menusup rindu Mekarnya bukan kepalang kembang Aku menabur dan menyiranya sepanjang masa Masuk bertahun ia bertahan Ada juga retak-retaknya Tapi dapat ku sulam dengan rapat Tidak nampak bocor dan koyak Percaya , setia , jujur itu adalah pakaian untuk mu NAMUN .. Ada khabar berita di tiup bagai tiada berhenti Aku masih bertahan dan buat tidak memahami Makin aku diam , makin kuat pula derunya Aku cuba membuangnya jauh ke TELOK Dan tidak mahu mendengar lagi Ceria ku cuba kembali seri .. TETAP .. Masih sama sahaja Berita itu Khabaran itu Penafian itu Datang sekerapkali Lalu aku duduk meminta .. Meminta tanpa suara Menghulur tanpa berada ALHAMDULILLAH .. Utasan NYA datang tanpa mengira masa Jam 3.40 pagi nada sikular canggih berlagu Membawa lagu sendu , terkabul semua cerita Dia kembali memimpin mu tanpa diri mu rasa gusar Itulah doa mu dalam wangian hati kudus mu PERGILAH SAYANG ... Aku kembali kepada cerita teman Aku menolak kejujuran Aku menolak kesetiaan Lalu aku terima pembohongan mu yang benar .. Hingga aku terdampar di sini , memendam seribu rasa Selangkah kedepan , tepijak lerai kaca berkilau Selangkah kebelakang , tersandung sangkar paku berkarat Aku berpaling kekiri , sembilu terjurai berliku Aku berpaling kekanan , ada sinar nion unggu yang melambai Aku terbenak , tidak mampu bergerak Lalu aku tunduk lemah tiada kalimah Putuslah tasbih itu .. Dan cinta ku juga mati di situ Selama-lamanya buat mu .. Innal li la hi wainnal hirojiun .. ~ KUBUR TAK BERTANDA ~ Aucu - 21 MAc 2011

TIDAK TERPUTUS TASBIH ITU

Aku berjalan bagai di awangan Ketenangan hati aku tika bersama mu Tidak boleh aku tolak Khusyuk ku bukan sebarangan Memuja nama mu sepanjang masa Mengingati mu setiap detik Merindui mu sepanjang siang dan malam Hanya kau yang sering dalam ingatan Awan larat berhenti di depan mata ku Tidak berkelip mata ku melihatnya Terlupa aku akan kekasih hati Yang aku puja selama ini Berarak rasa cinta ku pada mu Kerna keindahan awan larat itu Beraraknya awan larat dari ku Kau sudah tiada di sisi Hiba aku bagai di seru Merindui mu bukan lagi gurauan Mengingati mu bukan lagi kiasan Benar cinta mu asli untuk diri ku Walau buruk di mata ku Indah di mata mu Walau cacat anggota ku Sempurna di sentuhan mu Aku terduduk menadah tangan Dalam tangis kesal ku Aku melihat mu Dalam sendu ku Diri mu hadir menghulur tangan Lalu ku sambut kembali Sepenuh jiwa raga cinta ku Dan sesungguhnya cinta mu Harum bak kasturi asli Bagai butir-butir tasbih Kau berikan pada ku Semakin berkilat dan berkilau Tidak akan terputus tasbih itu Dari jemari ku yang amat merindui mu Alhamdulillah taufik yang diberikan Menjadikan kesal ku semakin susut Hidayah mu menderukan wangian Sesungguhnya hanya kesyukuran Yang mampu terlafaz dari gerak hati ku Setelah kesal ku mengajar erti cinta tulus mu AUCU " TIDAK TERPUTUS TASBIH ITU " 20 MAY 2011

DELIMA HATI

Dari hati , semanisnya madu Kata janji terukir jua berlagu Ku terlena , ku bermimpi sayu Hanya aku sering memburu Terumpan cinta Harumnya berbisa Berkacanya Di dalam sanubari ku Benarpun kata Ada jodoh kita Tak ku pasti Tanpa terbukti Oh hanya pada Tuhan Ku pohon jawapan Daku jua dalam duka Andai turutkan hati Delima retak rasa Sangsinya janji Tersentuh bersama Dari hati , semanisnya janji Hanya aku tidak mengerti Terumpan cinta Harumnya berbisa Berkacanya Di dalam sanubari ku Benarpun kata Ada jodoh kita Tak ku pasti Tanpa terbukti Delima , hati ku Berdebu Insan merindu Lagu : Azman Abu Hassan Lirik : Aucu ( Luncai Emas Publishing Sdn . Bhd. ) Filem : Untuk Tiga Hari ( Aflin Shauki ) Penerbit : Tarantella Pictures Sdn. Bhd .

Teguh

' SETIANYA SAMPAI KE HUJUNG NYAWA , DEMI IKATAN PERSAHABATAN YANG BEGITU TEGUH '..

Petunjuk

' PETUNJUK ' yang membawa anda ke arah yang lebih sempurna .. Pengarah : MP ROSLIN / Skrip : AUCU / Pelakon :NAS-T, IKA NABILA ( AF6) , PUTERI MARDIANA ,NORMAN HAKIM , KHAIRUL ANWAR, LAN ZAILAN DLL ..

Wednesday, June 27, 2012

Kerjaya,Cita2 Dan Angan2

Kerjaya... Berkerjayakah aku? Cita2...ap cita2 aku? Angan2- aku selalu berangan jadi jutawan #$%%$$$$$$$$$#### LOL! Dulu masa masih lagi dibangku sekolah aku bercita-cita menjadi seorang guru..tercapaikah? Tidak! sebab aku punya minat lebih kepada KAMERA.Mampukah aku jadi seorang Photography? Yes!! sebab aku memang Photography... Kerjaya aku Kini,Part time buat Photography,design. Boleh Tak aku berangan-angan untuk jadi perdana menteri? P/s : terpulang tentang apa yang kau fikirkan! Kau Boleh!

Friday, October 14, 2011

SKUD SAYANG ?

Dengar nama skud sayang di laungkan,terasa sesuatu yang lembut, melihat ada satu kenderaan lalu depan rumah terasa ada sesuatu berlaku, Namun itu dulu di mana skud sayang bergerak memberi bantuan kepada yang memerlukan.
Aku Tidak duduk dalam mana2 parti politik,aku tidak suka berpolitik kerana politik sekarang terlalu kotor dengan wang ringgit menjadi suapan kepada rakyat untuk merintih undi!
Namun begitu,aku terpanggil untuk membicarakan soal skud sayang! Apa fungsi skud sayang? – Bagi aku skud sayang di wujudkan untuk membantu kaum yang lemah terutamanya wanita dan kanak2,itu fahaman aku,tapi aku tak Nampak semua itu kini,apa yang aku Nampak ianya merupakan satu pembaziran wang kerajaan yang di gunakan olah pihak tertentu untuk kepentingan diri mereka sahaja…
Skud sayang mempunyai Kenderaan Khas, kenapa tidak kenderaan tersebut di gunakan untuk membantu mereka yang susah sebagai contoh,bawa orang sakit ke hospital,ibu mengandung yang dah nak bersalin,mengangkut barang2 orang yang berpindah kerana banjir,Pendek kata ia HANYA untuk MEMBANTU MEREKA YANG SUSAH DAN MEMERLUKAN bukan untuk BERKEMPEN DAN MERAIH UNDI!!...
Kadang kala nawaitu tidak sama dengan tindakan,Andai sesiapa yang membidas pendapat aku,aku sedia berdebat dengan mereka kerana ramai orang2 kampung berkata,mereka hanya membajirkan hak kerajaan dan wang kerajaan.. Beraninya aku menulis di sini kerana aku sendiri melihat dan mendengar orang2 kampung yang rata-ratanya kecewa dengan mereka.
Ada Satu Majlis yang di adakan di kawasan aku,aku sendiri melihat mereka seperti meminta diri mereka di sambut alah2 ketua menteri,mereka seperti meminta mereka di layan seperti vvip.. makan berasingan dengan orang ramai, lepas makan mereka terus balik, BAGUS! Begitukah sikap mereka terhadap rakyat? Mana sifat prihatin mereka? Kenapa tidak mereka makan dan minum bersama orang2 ramai,dan membantu menyediakan makanan kepada orang2 ramai?
Aku tidak tahu akan makna politik,aku tidak tahu berapa pentingnya politik,yang aku tahu politik itu terlalu aib bagiku,setiap kali masa mengundi,pasti orang2 ramai diberikan wang ringgit untuk menggundi? Untuk apa wang tersebut? RASUAH? Nazubillahminzalik.. ALLAHUALAM.. renung2kanlah…

Friday, September 23, 2011

Dunia Seni Dan Dunia Photography

Dalam Dunia seni aku bukanlah insan yang sering bermain di depan kamera atau lampu pembias cahaya.Aku hanya insan yang menyediakan bahan-bahan tersebut,Setelah agak berabad tidak menulis dan mengikuti shooting untuk mana-mana filem,baru-baru ini aku di kejutkan dengan satu panggilan telefon dari salah seorang penerbit filem yang agak terkenal ( memang semua orang kenal dia kot ),dia ajak aku untuk join dorang shoot satu movie terbaru pada hujung November ni. Tapi aku belum lagi memberi kata putus, Satu lagi jemputan adalah shoot bersama team photography dan itu pun aku belum lagi berikan jawapan.

Bukan senang untuk berada di tempat yang aku ada sekarang,bermacam-macam liku kehidupan dalam dunia yang aku ceburi ni dah aku lalui.Macam-macam pengalaman yang aku dapat,bermula dari menulis untuk suka-suka hingga menulis untuk sambilan kerana minat,begitu juga dengan dunia photography,bermula dengan snap gambar secara suka-suka hingga kawan ajak aku join bengkel photography yang di buat oleh seorang lecturer masa aku belajar di IPT dulu hingga minat tersebut aku buat sebagai karjaya sambilan dan Alhamdulillah segalanya banyak mengajar aku tentang uniknya hidup seorang photography.

Bercakap pasal photography, dari kaca mata aku. Dan cubalah anda tengok sendiri pula, photographer ni mengambil gambar sememangnya sangat pandai tapi bila gambar dia di ambil,dia nak posing macam mana pun macam serba tak kena,orang lain posing elok je,siap ada gaya-gaya,tengok photographer bergambar,mesti keras macam tunggul. Ini terjadi mungkin kebiasaan atau orang panggil ianya sebagai tren kot.

Aku masih menunggu untuk shooting di kemboja, masanya belum ditetapkan lagi,(korang metting la dulu baik-baik,gua tunggu saja). Apa yang ada di kemboja? Sapa boleh bagi tau aku? Anyway aku tak tau apa yang ada disana,kalau jadi pegi sanai itu kira firstime la..
Aku menulis panjang2 bikin penat korang baca je kan.. kalau korang bacalah,rasanya korang baca sikit2 then tutup.Betul tak? Hoho tak kisahlah, Sapa2 yang Berminat nak tengok skill aku jadi photographer dan designer,korang datang cari aku bawa sorang model,tak pun kereta Ferrari sebijik,mesti aku snap gambar korang secara terbaik! Dan aku Edit depan-depan korang,Bukan cincai ahhh.. betul punya...

~~Rojer~

Monday, July 25, 2011

Telemovie baru


.. " BILA SERU ITU SAMPAI , TIADA SIAPA DAPAT MENGHALANG " ..

Pengarah : Izzman Hafiz . Skrip : Aucu . Pelakon : Dato Rahim Razali . Nassir Bilal Khan . Razali Hussain . Jue Aziz . Hasnah Hamid . Hafiz Haruddin DLL . Tayangan : TV AL HIJJRAH ( Chennal 114 - Astro ) . Pada : HARI RAYA KE-3 / JAM 9.00 Malam . Poster : Aucu

toolbars