photography anda

photography anda
snap je kalau xtau..t dpt la pix yg menarik

Tuesday, December 28, 2010

Mahu berkarya kembali

hua... lama aku tidak muncul di blog ni..
terlalu sibuk dengan macam2 urusan...
aku sudah lama tidak berkarya...
karya2 yang tertangguh aku tidak sentuh...
aku tidak sambung lagi...
aku tidak dapat fokus dengan semua itu...
dalam fikiran aku, macam2 yang timbul..
terlalu banyak...
sehingga aku sendiri pening..
mereka di sekeliling ku tidak pernah faham dan tidak akan ada yang memahami aku..
keadaan makin rumit.. sana sini segalanya masalah..
aku hanya mampu sabar dan berdoa..

Monday, December 20, 2010

Cerita dari Negeri Dibawah bayu

11/december 2010.. jam 11.10 minit pagi berlepas dari kuala lumpur ke kota kinabalu... sampai di kk just stay with my fren b4 balik beaufort...malam baru bergerak balik..walau pun hujan tapi redah juga,sampai di kampung dalam jam 9.esoknya aku hanya duduk di rumah,dan malam aku ke bakalau.. dan hari Isnin 13/12/2010 aku lapor diri si semega untuk latihan industri..jam 12 tengah hari mendapat panggilan daripada kakak ku..ayah sakit tenat,memikirkan hari pertama bekerja,aku fikir akan ke sana bila habis waktu kerja..jam 3 petang,adik call, "abah sudah tiada" oh... masa tu aku terus balik,sms2 org2 yang patut dan sampai di rumah aku bersiap2 pergi ke bakalau tapi x sempat sampai sana sebab jenazah di bawa ke kampung ku..dan aku terus patah balik.. masa tu tuhan saja yang tahu akan hati ini,sedih sangat2.. terlalu singkat masa ini,baru je malam tu aku jumpa Dia,esoknya dia sudah pergi..Kuasa tuhan tak ada siapa mampu menghalang..aku terlalu down.. aku tak punya semangat...terlalu banyak dosa ku padanya..hanya aku sahaja yang berani memarahinya,melawan segala kata2 nya.. namun aku bersyukur.. Allah beri aku peluang untuk mencium tangan ayah ketika jasadnya masih bernyawa..hari aku menulis blog ini.. adalah hari ke 8 pemergianya.. Kuasa Tuhan,dalam masa tak sampai 100 hari,4 org pergi...seorang demi seorang pergi..sudah di janjikan sejak azali.. tak siapa mampu menghalang..Namun aku masih lemah,aku tidak kuat mengharungi semua ini..aku merindui mereka... Dan aku merindui dia yang berada di seberang laut sana... Namun dia tidak peduli akan aku...call? sms? tak ada.. call kadang2 tak dapat.. oh.. kau ingat mainan ke ni? kau ingat aku sengaja buat cerita sedih? kau ingat segala2nya hanya gurauan? Tapi tak apa la.. Malas nak kata kan apa2.. Aku malas,biarlah.. aku tau aku siapa,aku tak layak di ingati,aku tak layak di ambil peduli..Hanya rindu ini ku simpan di hati sepi ini...
T.Q

Monday, December 6, 2010

Maal Hijrah

Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Semoga bulan permulaan bagi umat islam ini memberi keberkataan kepada semua umat islam.
Berhijrah..insyallah..
berhijrah dari semua segi dan aspek..
Dan kali ini juga sangat bermakna buat ku...
bermula pagi,aku menunggu sesuatu..dan tepat jam 10 pagi,aku mendapat panggilan telefon,"passport awak sudah siap".. maknanya? yes..
kali ini,Segalanya sudah terjawab..11hb/12/2010 bersamaan hari sabtu.. aku akan meninggalkan bumi tempat ku mencorakkan segala coretan kehidupan..
di sini aku mengenal segala2 nya..di sini tersimpan kenangan pahit dan manis,semua itu akan ku tinggalkan untuk seketika (macam entri blog yang lepas ).Di atas bantuan kawan,aku mula menempah tiket penerbangan ku.. dan berjaya..!kota london,tunggulah.. aku akan datang..ketika menaip blog ini,mata ku sangat berat..badan letih,sebab aku baru balik dari mengambil passport..lepas tu sempat lagi menemani kawan2 yang akan balik ke sabah pada beberapa hari lagi,jalan2 ronda2..penat sangat lol..
yang bestnya kena belanja..Bila aku dah penat sangat..aku ajak dorang balik..
pas 2 kena hantar pula dorang ni..adess..
sampai di rumah berehat sebentar bersama biskut hehe..
Dan beron9 sambil mengupdate blog ini..
choww~

Sunday, December 5, 2010

Mana satu?

Macam lagu P.Ramlee.. yang mana satu,pilihan kalbu..Eh,kalau P.ramlee,lagu dia berkaitan cinta cintun..
tajuk entri aku ni benda lain..Kali ini,aku akan berada di mana aku tak tahu lagi..
Untuk itu,aku perlu fikirkan di mana tempat strategik untuk aku pergi..
kenapa susah sangat untuk memilih,pergi je mana2 sudah..
dalam masa yang singkat ni,aku rasa seperti ingin memilih london sebagai lokasi untuk ku membawa diri,hah..! di sana mungkin aku tak terlalu lama di sana,aku hanya ingin tenangkan diri,ada juga rasa hati ini untuk pergi ke tempat yang berpadang pasir,mana? mekah? madinah? tak tahulah..huh..!
Aku ingin berada jauh dari tempat ini,aku ingin pergi membawa seribu satu masalah yang ada ini,aku nak tenangkan keadaan yang sangat rumit ini..
Bukan maksud ku tidak mahu tinggal di sini,tapi kenangan di sini terlalu banyak menyesakkan kotak fikiran ku,menyesakkan dada ku..
aku ingin meredakan kesakitan yang tercipta di tempat ini..
andai takdir mengizinkan aku kembali di sini,dan pada masa itu takdir telah tentukan untuk aku bertemu semula dengan insan yang melukai hati ini.. insyallah akan ku terima dengan hati yang tenang.. cinta ku ini tak pernah berhenti selagi aku bernafas.
Dan seandainya aku tak lagi di izinkan kembali di sini,aku pasrah..semoga mereka di sini terus gembira dan berbahagia dengan ketiadaan ku.
Bila aku tiada,ertinya..tidak siapa yang menganggunya lagi..memeningkannya dan tak ada siapa yang dia benci di depan matanya.Tak ada siapa yang mengekorinya bila dia pulang ke rumah pada malam hari.Tak ada lagi orang yang akan meminta untuk berjumpa dan mengutarakan benda yang sama baginya.Mungkin dengan ini dia lebih aman,bahagia dan gembira di sini.
andai satu hari nanti dia menemui seorang lelaki yang benar2 ikhlas menerimanya,ku doakan kebahagiaan mereka..
Andai hari ini terbit benci di hatinya,ku pohon seribu kemaafan dengan sebuah keikhlasan.

kasih

Hanya satu ku pinta..izinkan aku terus menyimpan 1001 kenangan kita di masa lalu,meskipun masa kita terlalu singkat,namun memori indah terlalu banyak kita cipta bersama..tarikh keramat tiupan lilin hari jadi mu sentiasa ku ingati..saat itu,aku lihat kau sangat gembira.. aku bahagia dengan senyuman mu.Mungkin pada hari itu kau anggap aku lupa akan tarikh itu,yang sebenarnya aku sengaja melewatkan ucapan selamat kepada mu..Aku hanya mengatakan yang aku membuat rumah terbuka,yang sebenarnya majlis itu adalah majlis mu..Bila ku ingat kembali masa itu,aku sengaja menyuruh mu memakai baju kurung,sangat ayu kau di pandangan mata kecil ku ini.
Dengan teringat akan kenangan itu,aku masih mampu tersenyum dalam kelukaan ini..
Kerana kenangan itu,ku kuatkan diri ku untuk melangkah walau tanpa diri mu di sisiku..
Kini,aku bersedia melangkah..aku bersedia melepaskan mu terbang bebas di pentas dunia yang watak utamanya adalah diri mu.
Hanya doa tulus ku mengiringi setiap langkah mu,moga diri mu di berkati..
Untuk aku,kebahagiaan mu adalah kegembiraan ku,kejayaan mu adalah kebahagiaan ku..semoga perjalanan mu di permudahkan oleh Allah..Aku simpan setiap kata2 yang kau perkatakan pada ku,ku sisip kemas dalam diari hidup ku..
bagi mu,Tak akan ada lagi aku dalam kamus hidup mu..aku tahu akan itu,dan aku pasrah..aku terima siapa aku..aku tidak layak berdamping dengan mu..
Semoga tuhan menemukan mu dengan yang layak dan sah memiliki mu.
Dalam langkah perjalanan ku kali ini,aku tidak tahu bila aku akan kembali ke tanah merdeka ini.Tempat ini membawa seribu satu kenangan buat ku,di sini aku di ajar erti kehidupan,kesenangan dan kesusahan.Di sini juga aku kenal cinta dan air mata,dia sini juga aku kenali erti kesakitan dalam percintaan.Hati ini sudah tawar untuk membuka perkataan cinta itu kembali.Biarlah diri ini bersendiri sehingga takdir mengizinkan insan yang benar mengetuk pintu hati ini untuk ku membuka rantai dan gelung besi di pintu kebal jiwa ini..
setiap janji dan kata2 ku pada mu,akan tetap ku pegang,setiap janji mu juga akan tetap ku ingati.
Terlalu banyak lagi ingin ku tuliskan,namun tak apalah..segalanya ku akhiri di sini..
*sekian*

Wednesday, December 1, 2010

Delete

Aku mendelete post2 yang berbaur rasa,aku ingin memperbaharui dunia blogger ku sendiri.
ku ingin blog ku ini berwajah baru.
TQ

Thursday, October 28, 2010

Jika merindu Itu salah,Aku rela di hukum!

rindu itu akan tiba dengan sendirinya. bukan di buat-buat,
malahan tidak melampaui batas syariat..
tidak salah merindui insan yang di sayangi.
lumrah manusia punya keinginan,
malahan nabi pun sentiasa merindui
isteri-isterinya tatkala di atas medan perang.

Monday, September 20, 2010

PergiNya Tak Akan KemBali

Seperti biasa apa bila hari ahad 19/09/2010.Aku tidur di siang hari,dan pada hari tersebut aku tertidur sehingga malam,dalam jam 9 malam aku mendapat SMS daripada abangku.Satu cerita penuh kejutan penuh kesedihan,pak cik ku meninggal dunia,sakit apa kurang pasti pula,tapi ada yang mengatakan dia mengejut sakit perut,entah la.Lepas mendapat berita tersebut,aku cuba mendapat kepastian tentang sahihnya khabar itu.Aku menghubungi ibu ku,dan jawapan yang sama ku terima,aku juga menghubungi kakak ku yang berada di negeri sambilan,esakan tangis menyambut pangilanku,dan selepas itu aku menghubungi kakak ku yang ke-4,dia berada di Hospital ketika itu,ada bersama2 jenazah,bersiap2 untuk balik ke rumah mengiringi jenazah,dan selepas itu aku menghubungi ahli keluarga yang lain.Semuanya bersedih atas pemergian arwah,aku yang kuat ketika itu mampu mengalirkan air mata.Ketika itu,kekasih hati ku berada bersamaku,terima kasih sayang ku kerana berada di sisiku ketika aku susah dan senang,ia menenangkan aku.Semalam tersebut mood aku di awang-awangan untuk balik ke kampung,tapi apakan dayaku..EXAM menyekat niatku,20/09/2010 aku menduduki peperiksaan akhir.Ya tuhan,dalam keadaan fikiran ku kacau,jiwa tidak tenteram,aku menduduki exam.Tapi ku kuatkan hati untuk terus berjuang!

Tuesday, September 14, 2010

Monday, August 30, 2010

Salam Kemerdekaan

Merdeka!!
ya...satu laungan yang sangat di nanti..
detik 31 ogos yang bersejarah besar bagi rakyat Malaysia...
sambutannya di mana sahaja..dulu..masa kecik2 selalu dengar dentuman bunga api apa bila tepat jam 12 tengah malam..
namun kini..hanya satu dua tempat sahaja berdentumnya bunga api..
ketika berada di taman KLCC..melihat gelagat orang tua dan muda..
menunggu detik 12 tengah malam..
dan apabila tiba saat yang di nanti..
masing2 menunjukkan riak wajah kecewa..
tiada laungan merdeka..tiada dentuman perkasa si bunga api..
jelas di setiap wajah pengunjung sangat kecewa dengan keadaan tersebut..
mereka sanggup berhujan semata2 menunggu laungan kemerdekaan yang tidak muncul apa bila tepat pada masanya..dan ketika dalam perjalanan untuk pulang ke rumah..
terlihat anak2 muda menunjukkan perasaan..
menendang kon,dan ada yang mengakibatkan kecederaan orang lain..
ah..di manakah jiwa merdeka mereka..
apakah yang mereka anggap dengan mereka..
kemerdekaan yang di salah ertikan..anak-anak remaja kita yang tidak tahu menilai erti merdeka..tanggapan serong terhadap kemerdekaan sangat bahaya..
mereka sememangnya faham..merdeka ertinya bebas..tapi..fahaman mereka ke arah lain..
ia sangat menyedihkan jika keadaan pemikiran anak bangsa tidak betul..
mereka inginkan kebebasan..tetapi..mereka ingin bebas melakukan sesuatu yang tidak berfaedah..itu tanggapan yang sangat negatif..semoga anak bangsa Malaysia sedar..akan erti kemerdekaan sebenar!!

Monday, August 23, 2010

BEZAKAH CINTA KU

Ku telah jauh , jauhnya terpisah

Diriku jua penuh daya resah

Tiada ruang dan waktu seperti dulu

Hilang dan menyepi , berlabuh

Sesungguh berat beban ku rasakan

Ku tanam rindu hanya menyemaikan kekosongan

Riba rasa kasih dari ungkapan palsu hati

Dan mendung berarak meniti hari

Sedar sayang ku amat terlaluan

Kini sekadar angin yang sepintas lalu

Sedingin sang bayunya tak akan , tak akan berulang

Sehingga rapuh setia dan jiwa ku kaku

Bezakah mencintai diri mu

Dan ku sayangi

Sehingga kelam

Nyata tiada curiga


Bezakah kau mencintai aku

Dan kau rindukan

Gugurlah percaya

Yang tak mudah bersatu dalam cinta





Lagu : MOHARIZ YAACOB

Lirik : AUCU ( EMI MUSIC PUBLISHING M SDN .BHD )

Artis : FARIS

DRAMA ' AMANAH KARMILA ' - RTM 1

Friday, August 20, 2010

Believe Or Not

~jalan punya jalan...terdengar 1 suara "mari tengok bang..murah je..."
tengok jap..ada kertas bertulis 'RM1500' ish..biar betul ni...
sekali brother 2 cakap..ni semua mmg betul..dari jepun..
adeh..murah nye..
semua ni kat danau kota...camera DSLR..harga serendah 2..
bukan brand cikai tau..CANON & NIKON..percaya atau tidak..harga dia sngt murah..
pas 2 brother 2 pun cakap la..klu nak tengok lebih detail lagi..pelbagai jenis camera..
tngok kat www.gajetdijepun.com...
sampai je kat umah..aq terus on laptop...buka laman web 2...
mmg betul..bnyk lg cam murah..jenama top..
ish3...asal la aq baru tau benda ni..masa kat danau...aku siap test lagi snap picture guna Canon 2..memang power la..rasa macam nak beli je..tapi apakan daya..budget takde lagi..tapi..insyallah..akan ku usahakan..

Saturday, August 14, 2010

selamat menunaikan ibadah puasa

bukan satu pengumuman..tapi hanya satu ucapan..
bukan ucapan hari raya sebab raya belum lagi..
saya ingin ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa..
tingkatkan amalan di bulan mulia ini..insyallah hidup kita akan mendapat berkat...

Monday, August 9, 2010

~ HATI QARTINY ~ Category: Movies, TV, Celebrities

" ... Dia kata sayang , tetapi aku tidak pernah merasakan kasih sayang
yang dia katakan itu .Ada sahaja alasannya setiap kali aku meminta
penjelasan tentang kasih sayangnya .. Apa yang berat sangat untuk
melafazkannya ?.. Kalau benar dia sayangkan aku , salahkah aku
bertanya meminta bukti , sayang itu kepada aku ?.. Salahkah aku ?..
Berdosakah aku ?.. Aku sudah bosan dengan mainan kata-katanya .
Sekadar untuk menjaga hati aku sahaja , aku rasakan . Dia yang
mengheret hati aku , jiwa aku sehingga aku merangkuk sesat dalam
dunia aku sendiri . Sampai bila aku masih menunggu , sedangkan
hari-hari ku semakin kelam semakin gelap . Sesat ku semakin jauh.
Bagai tidak ada titik berhentinya . Aku di biarkan sahaja begitu, tidak
di pimpinnya untuk mencari jalan pulang . Sedangkan dia masih lagi
gairah dengan ego dan sikap pura-puranya tentang kasih sayang ..
Tidak berasa berdosakah dirinya ? , yang telah menjadikan aku hidup
begini ?.. Hati aku semakin lama semakin jauh untuk membentuk
kemekaran kasih sayang itu . Hati aku sudah lama koyak , sudah lama
menangis. Telah aku cuba memujuk hati aku sendiri . Aku tidak akan
berpaling lagi kali ini melihat wajah mu . Aku akan pergi tinggalkan mu
buat selama-lamanya . Di dalam hati aku sudah penuh dengan janji-janji
mu yang tidak pernah terkota , tidak pernah terjawap sehingga
membentuk ketul-ketul zarah kebencian yang kuat pada diri mu . Aku
cukup-cukup membenci mu . Benci !! .. Moga kau sedar bahawa dunia
ini bulat dan satu hari nanti kau tak perlu menyesal bila kau berada di
tempat aku sekarang dengan rasa yang sama sepertimana yang aku
rasa .. "

By AUCU

Friday, August 6, 2010

Kerana kamera

Panas terik membuatkan susuk tubuh anak muda itu berpeluh,dia terus berjalan menuju ke rumahnya,apa yang berlaku di sekelilingnya tidak di pedulikan,dia hanya ingin berjumpa dengan ahli keluarganya yang di tinggalkan setelah sekian lama merantau untuk menimba ilmu di rantauan.
“Assalamualaikum..”dia memberi salam setibanya di rumah. Seorang perampuan separuh umur keluar di muka pintu, “walaikumsalam “ .Ya inilah insan yang sentiasa dirinduinya,dia terus menghulurkan tangan kepada ibunya untuk bersalaman.

##

Ikmal berjalan di sekeliling rumahnya,dia ingin membersihkan halaman rumahnya yang dinaiki lalang. Sehari suntuk dia membersihkan rumahnya dengan bantuan ibunya maka bersihlah halaman singgahsana mereka sekeluarga,’wah…mcm DBKL plak aku ni’ getus hatinya,setelah itu dia pun masuk ke dalam rumah,membersihkan badan dan bersiap-siap untuk ke masjid.


##

Terasa lemah kaki melangkah masuk ke balai berlepas,hari ini dia akan meninggalkan ahli keluarganya sekali lagi untuk berjuang di medan ilmu untuk membela masa depan mereka sekeluarga.Sebulan bercuti bersama tidak cukup baginya,bagaikan baru sahaja semalam dia berjumpa keluarganya dan hari ini terpaksa meninggalkan mereka pula.
‘Ini tanggungjawab aku…takde sape dah aku boleh harap untuk membela nasib kami sekeluarga’
Dia berkata didalam hati untuk mengguatkan semangatnya.
Dia bersalaman dengan ahli keluarga yang turut serta menghantarnya ke KKIA,selepas itu dia pun berjalan ke ruang berlepas meninggalkan mereka yang mengharapkan segulung ijazah akan di usungnya pulang nanti sekembalinya ke pangkuan keluarga.
Dua jam tiga puluh minit bukanlah masa yang panjang,tapi terasa sangat jauh lagi-lagi di sepanjang penerbangan ikmal merasa sangat bosan,setibanya dia di KLIA,dia terus berjalan menuju ke balai ketibaan dengan tenang,dari jauh dia nampak Amir berdiri sambil tersenyum ke arahnya.
“wei..makin berisi ko ek?..” Amir menyambut kedatangan Ikmal dengan usikan.
“berisi..?ish ko ni…aku maintain je pun “ jawab Ikmal sambil disambut oleh derai tawa mereka berdua.
Amir,kawan Ikmal dari bangku sekolah lagi,mereka belajar di tempat yang sama dan sekarang sama-sama berada di semester terakhir.
“eh..jom la..jap lagi sesak plak jalan,susah kita nak gerak plak”.Mereka berjalan seiring menuju ke kereta milik seorang lagi kawan mereka yang hanya menunggu di dalam kereta.

##

Setahun berlalu……
Ikmal dan Amir telah pun bekerja,Amir bekerja sebagai seorang Grafik designer di sebuah syarikat,manakala Ikmal pula membuka sebuah studio dan sebuah kedai dengan bantuan pinjaman dari pihak bank.


##

“wei..aku dapat keje kat KL…seminggu lagi aku akan ke sana”.Balqis,memberitahu kawannya,ayuni.
Nur Balqis Asyikin,mendapat tawaran untuk bekerja dalam bidang perhotelan di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur,dia merupakan rakan sekelas Ikmal dan Amir ketika di sekolah menengah dulu.
“wah…bila ko dapat..?” Ayuni rakannya ketika di kolej dulu,sama-sama mengambil bidang perhotelan bertanya.
“baru je pagi tadi dapat surat tawaran,aku terus call hotel tu untuk confirm yang aku terima tawaran ni..” riak muka balqis kelihatan ceria.
“bagus la tu,sok-sok ko kahwin dengan orang sana..susah dah nk jumpa ko lepas ni..” Ayuni mengusik Balqis.
“ala ko ni..aku gi sana bukan cari laki..aku pegi sana cari rezeki la” balas Balqis.
“apa salahnya..menyelam sambil minum air kan..?” akhirnya mereka berdua ketawa bersama.

##

Setiap hari Ikmal memilih untuk berjalan kaki ke tempat kerja kerana jarak rumah dengan studionya hanya mengambil masa sepuluh minit untuk berjalan kaki. Dia tidak gemar memandu keretanya kerana bosan dengan kesesakan lalu lintas kota metropolitan.
‘wah comelnye budak tu’. Getus hatinya.
Seorang gadis berdiri di depan sebuah kedai cenderahati,Ikmal berhenti dan duduk di kerusi yang di sediakan di kaki lima sebuah kedai gunting rambut,sambil matanya memerhatikan gadis tersebut. Tidak lama kemudian kawan gadis tersebut muncul dari dalam kedai cenderahati dan mereka pun berjalan seiring,Ikmal hanya memerhati gadis tersebut lalu di depannya.
‘macam kenal je..? ‘dia seperti pernah melihat muka gadis tersebut,dia cuba untuk mengingati bila dan dimanakah dia pernah melihat gadis tersebut. Akhirnya dia tersenyum sendiri,dia yakin gadis tersebut adalah orang yang dia minati suatu ketika dulu berdasarkan loghat gadis tersebut bercakap dengan rakannya tadi.
“alamak!! Lambat dah ni…mampos!! Aku ada temujanji jap lagi..aduh…” Ikmal bercakap sendirian,dia bergegas pergi ke studionya kerana sebentar lagi dia akan berjumpa dengan pelangannya yang sudah membuat temujanji dengannya.

##

Balqis berjalan seorang diri,niatnya ingin membeli baju baru kerana agak lama dia tak berpeluang untuk membeli pakaian sendiri kerana sibuk dengan kerja,hari ahad macam ini sahaja dia boleh berjalan-jalan kerana dia mengambil cuti setiap hari ahad. Dia berjalan memasuki sebuah kedai,dia berminat untuk memiliki sebuah kamera digital sejak zaman sekolah lagi,hingga sekarang dia masih berminat memiliki kamera digital, dia melihat sebuah kamera EOS 500D CANON.
“pergh….RM 2,599.00…mahal gile” dia mengomel sendirian.
“ye cik..ada saya boleh bantu..?” seorang gadis muda menegurnya.
“arrrrrrrrr…saya tengok-tengok kamera je “
Gadis yang menegurnya memperkenalkan diri sebagai yati,dia adalah pembantu kedai tersebut.
Yana menunjukkan kepada Balqis berbagai jenis kamera yang mereka jual di situ sambil memberi penerangan panjang lebar. Dia juga menunjukkan barang-barang lain kepada Balqis,gadis berasal dari utara tanah air itu becok bercakap itu dan ini,Balqis hanya mendengar sambil sekali sekala menyoal apa yang terlintas di dalam kepalanya.
Akhirnya Yati membawa Balqis ke dalam studio fotografi yang terletak di dalam kedai tersebut juga.
Seorang pemuda sedang asyik menghadap komputer di satu sudut studio tanpa menghirau kehadiran Yati dan Balqis.
‘ahhh…ni kan orang yang perhatikan aku hari tu..’ getus hati kecilnya.
“ini Ikmal…tuan punya kedai dan studio ni” Yati memperkenalkan Ikmal kepada Balqis.
Ikmal yang dari tadi asyik menghadap komputer mengangkat kepalanya sambil senyum kepada mereka berdua.
‘oh…ni budak hari tu…’
“hai…ada apa saya boleh bantu cik puan..?” Ikmal menegur Balqis.
“hmmm..saya tengok-tengok kamera kat kedai ni je….agak-agak kalau saya ambik eos canon 500D tu..boleh kurang kan sikit tak harganya..?”
“ooo…EOS CANON 500D harga pasaran sekarang RM 2,599.00..tapi saya boleh bagi diskaun la kat cik..” jawab Ikmal. Mereka berjalan keluar dari studio untuk melihat kamera yang di maksudkan.
“kalau kurang…berapa ek harga lepas diskaun ?” Balqis bertanya lagi,dia takut bajetnya untuk membeli pakaian tidak mencukupi nanti.
“hmmmm saya bagi RM 2,590.00 la kalau awak nak” Ikmal mencuri-curi pandang ke arah Balqis,wajah yang cukup di kenalinya itu semakin membuatkan jantungnya berdengup kencang.
“tak ble kurang lagi ke?”Balqis meminta kepastian daripada Ikmal,dia berharap harga tersebut boleh di kurangkan lagi supaya dia mampu untuk memiliki kamera impiannya itu.
“Hmmm…tak pe la..kawan-kawan punya harga saya bagi 2,500 je la “ jawab Ikmal
‘ahh…takpe…kerana orang saya minati’ Ikmal berkata di dalam hati sambil tersenyum.
Balqis merenung kamera tersebut,sambil otaknya ligak berfikir. Menolak menambah mengira wang yang di bawanya bersama.
“saya bagi RM 2000 je la kat awak..” Ikmal berkata lagi,dia mengurangkan harga kamera tersebut.
“hmmm..ok…tapi saya datang balik kejap lagi boleh? Saya nak pegi mesin ATM la..”jawab Balqis.
“okey..”jawab Ikmal sambil tersenyum.

##

Balqis kembali ke kedai tersebut dengan hati riang,kerana sebentar sahaja lagi EOS CANON 500D akan menjadi miliknya. Dia memasuki kedai tersebut,Ikmal sedang melayan seorang pelangan.
Ikmal kemudiannya memanggil Yati untuk membantu pelangan tersebut untuk membuat pilihan,dia terus mendapatkan Balqis.
“macam mana..? jadi ambik kamera tu..?”tanya Ikmal.
“yup…jadi..! RM 2000 kan?”jawab Balqis sambil meminta kepastian dari Ikmal.
“ye..2000 je..ke awak nak saya naikkan harga?”Ikmal sengaja mengusik Balqis.
“eh..tak la..minta kurang lagi adalah..hehehhhehe” Balqis menjawab sambil tersenyum.
“awak isi nama,no. kad ic ,alamat dan no.telefon awak eh..lepas tu sign sini.”Ikmal memberi borang warranty kamera kepada Balqis.
Balqis mengisi boring tersebut dengan teliti,Ikmal sempat merenung wajah halus milik Balqis.
‘ahh….mungkin ko dah berpunya…’ getus hatinya.
“Encik”
“Encik.!! Ada pape lagi nak isi?”
‘ingat girlfriend la tu’ getus Balqis,tapi boleh di dengari oleh Ikmal.
“ahhh..takde..yang lain biar saya isi…hmm saya single wak..xde awek pun nak di ingat”kata Ikmal sambil tersenyum.
“tak tanya pun”balas Balgis.
“tadi awak kata saya ingat kat girlfriend..saya betulkan la.”kata Ikmal sambil tangannya ligat menulis sesuatu di borang tersebut.
“arrrr..mana de..awak ni..saya tak cakap pape pun..saya kata..saya dah siap isi tadi.”jawab Balqis.
Ikmal hanya tersenyum mendengar jawapan Balqis,memberikan satu salinan warranty kepada Balqis. “ini warranty awak..kalau ada masalah..rosak ke apa ke..just datang bawa surat ni je la..warranty setahun.”jelas Ikmal kepada Balqis. Balqis menyimpan surat warranty tersebut kedalam begnya.
“tadi saya ingat kat seseorang je.”kata Ikmal.
“ngaku pun…bertuah orang tu ek..ada yang ingat”balas Balqis.
“ala..kawan satu sekolah dulu..muka dia iras-iras awak..tu yang teringat tu,lagi pun nama dia macam nama awak juga.”
“ye ke?..wah..orang mana..”Balqis seakan berminat dengan penjelasan Ikmal.
“orang sabah..Dulu satu sekolah dari tingkatan satu sampai tingkatan lima.”jawab Ikmal. Dia menceritakan kepada Balqis di mana dia bersekolah dulu.
“eh..sape nama awak?”tiba-tiba Balqis menyoal Ikmal.
“Ikmal”
“tak..maksud saya nama penuh awak.”balas Balqis.
“Ikmal Raziq bin Abdul Rahman…npe?
“eh…Ikmal yang dulu pengawas sekolah kan?”balas Balqis.
“yup..! hehheehe”
“oh…tak sangkakan kita boleh jumpa di sini…ko tak kenal aku ke?orang yang selalu kena denda sebab selalu datang lewat pegi sekolah dulu.”kata Balqis.
“sape tak kenal,first nampak ko hari tu..rasa macam kenal..tapi takut nak tegur..takut salah orang.”
“patut la tengok macam nak makan orang je hari tu.”balas Balqis.
“hehehhe…aku makan nasi je tau.”jawab Ikmal.
“ala ko…eh..aku nak gerak ni..nak beli barang lagi..terima kasih eh sebab bagi diskaun kat aku.”kata Balqis.
“oh sama-sama,shopping sakan ko hari ni.”balas Ikmal.
“ala..hari ni je aku dapat jalan-jalan..selalunya busy keja,takde masa nak beli barang sendiri..okey la..jumpa lagi nanti.”kata Balqis sambil tersenyum.
“okey..hati-hati jalan.”
“Assalamualaikum” Balqis memberi salam sebelum berlalu pergi.
“waalaikumusalam..”Ikmal menghantar Balqis hingga di depan kedainya.

##

Selepas tiga bulan mereka berjumpa di kedai milik Ikmal,Balqis dan Ikmal seringa keluar bersama apabila Balqis cuti bekerja di hujung minggu. Kadang-kadang Balqis hanya duduk di kedai Ikmal sambil membantu Ikmal di kedainya. Keakraban mereka terus terjalin,dan amir pula telah mendirikan rumahtangga dan masih menatap di Kuala Lumpur bersama isterinya yang di kenalinya dari laman popular internet. Dari facebook mereka berjanji untuk berjumpa dan kedua mereka telah jatuh hati antara satu sama lain,setelah menjalinkan hubungan hampir setahun,mereka pun membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujang ke ke alam perkahwinan dan kini mereka telah pun di kurniakan seorang cahaya mata.
Manakala Ikmal dan Balqis masing-masing hanya memendamkan perasaan di hati.
“bang…” satu suara kedengaran.
“bang..!! melamun jauh nampak..”kali ini suara tersebut di sertai satu tepukan di pehanya.Ikmal menoleh kesisi.Isterinya yang sarat mengandung anak mereka yang ke dua tersenyum di sisinya.
“eh..tak perasan plak”kata Ikmal.
“abang sedang fikirkan pe tadi..?”
“takde la..teringat kisah kita jumpa dulu…hampir sepuluh tahun tak jumpa..lepas tu jumpa balik masing-masing hampir tak kenal.”kata Ikmal kepada isterinya sambil menarik tangan isterinya duduk di sebelahnya.
“hehehhehe…ada-ada je abang ni,tapi ingat-ingat balik lucu juga eh..”
“Kenapa pula lucu?”tanya Ikmal
“yela..dekat sepuluh tahun tak jumpa..last-last jumpa kat KL..pas tu dua-dua hampir tak kenal..saya pun penah ingat yang abang ni ada niat jahat masa asyik tengok-tengok saya dulu.”terang isterinya.
“tak sangka kan..kerana kamera kita berjumpa..hehehehehe.”kata Ikmal
“sebab kamera kita jumpa balik…tak sangka pula pemilik kedai tu bakal suami..hehhehe.”
“tu la pasal..di seberang laut juga kita jumpa…tu la orang kata..jodoh kan”.
“yup..betul tu bang,…jodoh di seberang laut.”mereka berdua tersenyum bahagia.
~TAMAT~

Friday, April 2, 2010

Naskah Baru di Tv Astro...

Jangan lupa pada 16 May 2010..
Jam 10.30 PM di Astro Prima..Telemovie
" CINTA HANTU " akan d tayangkan..
Sebuah naskah komedi dari Aucu ..
SAKSIKAN !! ..

Monday, February 15, 2010

Bagai mahsuri

Hembusan angin malam
Membuat ku sedar dari lamunan..
Mimpi panjang tentang sebuah cerita,…
Dalam sedar ku berangan..
Bertemu seorang puteri…
Bagai mahsuri….
Baru ku mengorak langkah…
Ingin aku merapatinya…
Sekelip mata bayang pun hilang…
Di depan ku hanya kekosongan…
Ku cari bayangan mu wahai puteri…
Hingga kini ku masih bermimpi..
Kau hadir dalam lena ku di malam hari…
Apakah ini semua hanya sekadar ilusi atau kenyataan…
Ku hanya mampu berdoa…
Agar kita di pertemukan..
Untuk aku lebih memahamimu….

Friday, February 12, 2010

Inspirasi CumeL


Ini budak nakal...hahahahahaa...

ni paling nakal...kuat nangis...
p/s :tnye die..sape slalu bg die nangis..confirm die jwb(pak cu)..hahhahaha

cuba tngok..perampuan ke lelaki ni???
actully..nama die..Dayang Masitah.

P/S :dorg ni adalah anak saudara aq...dua org lelaki 2 memang cukup nakal..
(ikut sape la 2)hahahahhaa...

Thursday, February 11, 2010

Kerjaya berdasarkan Zodiak

Bintang kelahiran Capricorn :
Capricorn memang bercita-cita mencari kekuasaan dalam kerjaya sehingga anda bersedia bekerja dengan tekun. Capricorn ditakdirkan menjadi pengurus dan pentadbir yang baik. Diibaratkan berpasangan dengan Leo, kalau Leo sangat baik menjadi raja atau permaisuri, Capricorn s...angat sesuai menjadi perdana menteri. Kejayaan Capricorn dalam usaha mengatasi masalah dan risiko akhirnya menjadikan anda berjaya mendapat faedah dari segi kewangan. Sikap rajin bekerja anda juga menyebabkan ketua dan rakan seorganisasi menghormati anda. Dari segi kewangan juga Capricorn pada umumnya memperolehi harta dan mampu membelanjakan harta itu pada jalan yang wajar. Anda misalnya tidak gemar bersikap boros atau membelanjakan wang ringgit untuk tujuan perjudian atau pelaburan yang belum pasti untung ruginya.

Nama Ada Cinta

1:R - Responsibility - Dari keikhlasan, akan lahir rasa tanggungjawab.
2:E - Enhance - Harus berusaha untuk menambahkan lagi kasih sayang.
3:D - Dear - Orang yang dicintai adalah orang yang paling disayangi.
4:D - Dear - Orang yang dicintai adalah orang yang paling disayangi.
5:U - Unpredictable - Setiap orang sukar diduga, perlu sedia hadapi semu
6:A - Alliance - Cinta itu lahir dari penyatuan dua hati.
7:N - Need - Dan perlu sentiasa ada rasa saling memerlukan.

Wednesday, January 20, 2010

~ KASIH YANG HILANG ~ Category: Movies, TV, Celebrities

Di sini aku mula mengenalinya. Di sini juga tercetusnya segala teguran
dan perkenalannya. Sehingga bicara di sini telah membawa aku
merasa penuh akan kemesraannya. Tiada yang lain dari seribu
kepercayaan ku kepadanya. Larutan masa dalam teman bicara tidak
sekali menjadikan aku betul-betul jemu menantinya sehingga aku
terbawa-bawa ingatan kasih kepadanya. Utusan setiap noktah ayatnya
sering sahaja membungakan keindahan dan kerinduan yang dalam.
Aku tidak sekali ingin meninggalkan noktah ayat-ayatnya menjadi
sebagai penunggu dan hilang jawapannya dari ku. Begitu cepat masa
berputar, begitu juga bicara ku dan bicaranya. Tidak sekali ia
membisu, tidak juga aku berhenti dari menyusun sebarisan ayat yang
akan dihidangkan untuknya. Itulah seawalnya bicara ku dan bicaranya.
Dari sini juga bermulanya hubungan di talian. Ditinggalkan beberapa
susunan angka untuk menjadi milik ku. Aku menerimanya dengan
penuh keceriaan. Ku tetapkan ingatan ku untuk menghafal susunan
angka itu agar ia tidak mudah luntur, tidak mudah susut dari ingatan ini.
Dari saat itu aku tidak merasa terdesak untuk meninggalkan
angka-angka ku kepadanya agar dia juga merasa seperti mana yang
aku rasa. Semuanya diterima dengan sempurna. Tiada berbelah bagi
lagi kepercayaan aku kepadanya.
Di sini juga tercetusnya pertemuan pertama dengannya. Sepertimana
dalam bicara ku di sini, ia adalah lebih baik dari itu. Jelas pertemuan
itu memberikan satu sentuhan yang ajaib sehingga aku leka dengan
gemersik suaranya, kesopansantunannya, senyumannya, raut
wajahnya, sehingga renungan matanya betul-betul melukiskan ingatan
yang panjang. Bila aku datang menjemput sudah tentu aku
menemaninya pulang. Kepulangan yang membawa seribu erti
bersamanya.
Berbungalah seribu kasih dan sayang ku, sejuta kerinduan bagai
hamparan putih yang disirami kilauan mutiara. Tiada lagi rasa curiga
sebalik gertak hati ku sendiri. Begitulah hari-hari seterusnya aku dan
dia tidak pernah terputus bicara dan noktahnya. Aku terus sering
melontarkan susunan ayat-ayat ku untuk menemaninya pulang ke
kolejnya, untuk menemaninya dikala dirinya kesunyian, untuk
menyatakan keluruhan kasih ku kepadanya sehingga luahan sayang itu
tidak lekang dari hujung bibir ku. Aku tidak menyorokkan lagi rasa hati
ku kepadanya biar dia tahu kata hati ku. Disulamnya kata-kata aku itu
sehingga aku terasa kasih ku tidak akan hilang. Malah di julang dan
disiraminya dengan penuh syahdu. Tersentuh hati ku dengan
perhatiannya. Indah hari-hari itu bagi tiada penghujung aku rasakan
saat itu.
Tiada siapa yang menduga, tiada terlafaz kata bila pertemuan kedua
merubah segala-galanya. Teruja degup jantung ku bila sekali terlanjur
bicara laku mengugurkan seribu kekesalan. Pandangan aku kabur dan
gelap. Terkunci kata di hati. Terhenti langkah menapak. Sebaknya bagi
gelora gelombang melambung dilautan. Sang bayunya mengheret aku
lemas sehingga aku hilang tempat berpaut dan lenyap bersama
derunya. Tiada ku dengar lagi gemersik suaranya,
kesopansantunannya, senyumannya, raut wajahnya, sehingga renungan
matanya kini sayup untuk ku melihatnya. Terhentinya noktah bicara
lebih pantas dari masa berdetik. Sentapan hati dan perasaan ku kala
utusan terakhirnya meminta aku menanti. Tiada seurat ayat darinya
untuk aku lagi memberikan arah perhentiannya. Sekilasnya dia pergi
bagai tidak mahu menoleh lagi kepada ku. Entah kenapa dan
mengapa ia berlabuh dipersinggahan kasih ku. Digantungnya begitu
sahaja sehingga ratapan hati ku tidak mahu berhenti lagi sehingga saat
ini. Mencari-cari dan menanti-nanti. Tiada kata maaf yang terlukis lagi
dalam bicaranya. Bagai salah itu aku yang menciptanya. Aku
tinggalkan dunia ku semata-mata menunggu kasihnya kini. Tidak bisa
malam-malam ku berteman lagi dengan indah bicaranya. Tidak bisa
siang ku disinari dengan sinar rindunya. Semakin jauh aku rasakan ,
semakin jauh jua untuk ku capai. Kabus yang bertandang kian
menyusutkan lagi kepercayaan dan keyakinan. Hanya warna-warna
senyuman dari potretnya buatkan aku semakin sayu, semakin layu. Ku
dakap dan ku belai dengan sepenuhnya kasih ku. Agar terubat segala
rindu. Hari-hari yang berlalu bagai tidak memberikan sinar lagu ceria
ku. Ianya bagai sekadar memenuhi santapan nafas ku untuk terus
menanti. Penantian yang tidak tahu detiknya untuk berhenti. Aku lemas,
aku tewas dalam pertarungan ini. Tiada lagi tempat berpaut untuk aku
melepaskan walau sesaat nafas ku dari melepaskan dahaga bayangan
rindunya.
Mengertilah sesungguhnya kasih yang aku miliki ini masih merah
seperti dulu untuknya. Tiada kekuatan lain di dalam jiwa ku untuk
membangkitkan semangat ceria ku selain dari menggengam KASIH
YANG HILANG darinya agar kembali seperti dulu.

~ AKHIRNYA PENANTIAN ~ Category: Movies, TV, Celebrities

Setiap apa yang aku temui bersama dikau hanyalah satu khayalan.
Mendabik masa dan membuang hari-hari ku dengan penuh kesedihan,
penuh kemurungan. Sedangkan dikau hanya masih diam begitu sahaja.
Seakan kaku tidak bersuara. Suara yang boleh menjernihkan
segalanya. Aku disuruhnya menunggu sedangkan dikau membatu.
Apakah itu dikatanya dugaan untuk setia ?. Tetapi mengapa begitu ?...
Aku semakin lemas sehingga satu titik perhentian telah aku temui. Bila
sekali aku berhenti, aku tidak akan berpaling lagi memandang dikau.
Walaupun pun satu hari nanti dikau akan kembali sujut disisi tika dikau
merasai apa yang aku rasa selama ini. Kau terlupa bahawa bumi ini
bulat kemana jua arah kau berpusing kau akan bertemu kepada tapak
asal mu untuk kau berhenti dan masa itu aku sudah tidak ada lagi daya
untuk menyambut kau. Segalanya sudah berakhir. AKHIRNYA
PENANTIAN ....

what do you think bout myself????????????

View Results
Create a Blog Poll

toolbars