photography anda

photography anda
snap je kalau xtau..t dpt la pix yg menarik

Friday, September 23, 2011

Dunia Seni Dan Dunia Photography

Dalam Dunia seni aku bukanlah insan yang sering bermain di depan kamera atau lampu pembias cahaya.Aku hanya insan yang menyediakan bahan-bahan tersebut,Setelah agak berabad tidak menulis dan mengikuti shooting untuk mana-mana filem,baru-baru ini aku di kejutkan dengan satu panggilan telefon dari salah seorang penerbit filem yang agak terkenal ( memang semua orang kenal dia kot ),dia ajak aku untuk join dorang shoot satu movie terbaru pada hujung November ni. Tapi aku belum lagi memberi kata putus, Satu lagi jemputan adalah shoot bersama team photography dan itu pun aku belum lagi berikan jawapan.

Bukan senang untuk berada di tempat yang aku ada sekarang,bermacam-macam liku kehidupan dalam dunia yang aku ceburi ni dah aku lalui.Macam-macam pengalaman yang aku dapat,bermula dari menulis untuk suka-suka hingga menulis untuk sambilan kerana minat,begitu juga dengan dunia photography,bermula dengan snap gambar secara suka-suka hingga kawan ajak aku join bengkel photography yang di buat oleh seorang lecturer masa aku belajar di IPT dulu hingga minat tersebut aku buat sebagai karjaya sambilan dan Alhamdulillah segalanya banyak mengajar aku tentang uniknya hidup seorang photography.

Bercakap pasal photography, dari kaca mata aku. Dan cubalah anda tengok sendiri pula, photographer ni mengambil gambar sememangnya sangat pandai tapi bila gambar dia di ambil,dia nak posing macam mana pun macam serba tak kena,orang lain posing elok je,siap ada gaya-gaya,tengok photographer bergambar,mesti keras macam tunggul. Ini terjadi mungkin kebiasaan atau orang panggil ianya sebagai tren kot.

Aku masih menunggu untuk shooting di kemboja, masanya belum ditetapkan lagi,(korang metting la dulu baik-baik,gua tunggu saja). Apa yang ada di kemboja? Sapa boleh bagi tau aku? Anyway aku tak tau apa yang ada disana,kalau jadi pegi sanai itu kira firstime la..
Aku menulis panjang2 bikin penat korang baca je kan.. kalau korang bacalah,rasanya korang baca sikit2 then tutup.Betul tak? Hoho tak kisahlah, Sapa2 yang Berminat nak tengok skill aku jadi photographer dan designer,korang datang cari aku bawa sorang model,tak pun kereta Ferrari sebijik,mesti aku snap gambar korang secara terbaik! Dan aku Edit depan-depan korang,Bukan cincai ahhh.. betul punya...

~~Rojer~

toolbars