photography anda

photography anda
snap je kalau xtau..t dpt la pix yg menarik

Monday, February 28, 2011

Fotografi dalam Islam


Apa yang menarik perhatian saya dan membuat saya cukup tersentuh ialah kesungguhan Peter dalam kerjayanya sebagai seorang fotografer tetapi dalam masa yang sama menjalankan dakwahnya menerusi foto-foto yang dihasilkan. Dalam foto-fotonya jelas menampakkan kemampuan beliau menjadi seorang professional yang hebat dalam bidangnya tanpa meninggalkan identitinya sebagai seorang Muslim. Beliau tidak perlu meninggalkan Islam untuk bekerja sebagai seorang Muslim Photographer. Malah beliau membawa Islam bersama.


Saya teringat beberapa artikel Ust. Hasrizal dan juga kisah Syed Qutb / Sheikh Muhammad Abduh [jika tersalah, minta tolong betulkan, saya tak ingat sangat] tentang istilah ‘Islam tanpa Muslim’ dan ‘Muslim tanpa Islam’. Bila dilihat dengan mata kepala sendiri, memang terasa sedih. Bagaimana muallaf-muallaf di negara barat bertambah ramai sedangkan Muslim sedia ada di Malaysia masih merangkak-rangkak (bagi yang ingin belajar, Alhamdulillah) dan terus hanyut (bagi yang tidak ingin belajar) dalam memahami agama.

Betapa ramai kenalan-kenalan saya di Malaysia yang sanggup meninggalkan dan menggadaikan agama demi kerjaya sebagai seorang fotografer. Tidak dinafikan ada juga fotografer yang islamik tetapi terlalu sedikit dan boleh dikira dengan jari. Kebanyakannya (tidak semua) tanpa segan silu menangkap model-model yang tidak menutup aurat kerana itu sudah menjadi perkara biasa bagi mereka dan saya sendiri pun sudah ‘lali’. Dan tidak ketinggalan juga dengan golongan yang menangkap gambar-gambar model yang seakan-akan ‘telanjang’ yang mereka sangka diri mereka itu Britney Spears atau Jennifer Lopez, terlupa bahawa nama mereka hanyalah Tipah dah Bedah.

Kekecewaan dan kesedihan itu membuatkan saya semakin tidak ingin berjinak-jinak dalam bidang yang kurang islamik ini. Tapi seringkali saya teringat kisah Peter Sanders dan juga beberapa rakan fotografer yang islamik lain yang berjaya menghilangkan persepsi saya tentang ketidak-islami-an bidang fotografi ini. Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki.

Kesimpulannya, insan di sebalik kamera itu memainkan peranan yang jauh lebih penting daripada jenis kamera yang digunakan emotions Walau pekerjaan apa yang kita lakukan, walau di mana juga kita berada, bawalah Islam bersama.

Sunday, February 27, 2011

Syok Sendiri

Isu yang aku ingin bangkitkan disini adalah berkenaan "syok sendiri".
Ramai orang akan malu, akan melenting dan akan menafikan sekiranya dia di lebal sebagai syok sendiri, kerana ianya di anggap sesuatu yang memalukan. Pada aku secara jujur, melakukan kerja "syok sendiri" adalah seuatu yang sangat bagus dan ia merupakan satu semangat dalaman dalam diri kita untuk meningkatkan kualiti diri. Bagaimana ianya terjadi?. Dalam industri forografik ini, ianya adalah industri yang di masukkan kedalam golongan industri seni, oleh itu apabila kita berada dalam industri seni, tak kiralah nyanyian, puisi, lakonan filem dan apa sahaja yang berkaitan dengan seni, sifat dalam diri untuk bekerja hendaklah datang secara jujur dalam diri kita. Maka akan lahirlah sebuah karya yang benar-benar kita hargai dan benar- benar memberi kepuasan kepada kita, oleh sebab demikianlah " syok sendiri " itu yang membantu untuk kita melahirkan karya-karya yang telus dari hati kita. Apabila kita melakukan karya yang dikatakan "syok sendiri" ianya memberi kepuasan kepada diri kita dan sudah pasti ianya karya yang baik. apabila ianya menjadi karya yang baik maka dari situlah karya kita akan di hargai oleh orang lain. Jangan kita mengharapkan penghargaan daripada orang lain sedangkan kita sendiri tidak menghargai karya kita sendiri, paling penting dalam menghasilan karya yang baik adalah, kita mesti menghargai karya kita sendiri. kerana karya kita adalah diri kita dan apabila kita menghargai karya yang terhasil daripada diri kita, itu bermakna kita telah menghargai diri kita sendiri.

Penghargaan yang diberikan oleh orang lain kepada karya kita, akan membuatkan kita lebih bersemangat dan ceria, sifat rohaniah ini amat penting untuk membuatkan kita sentiasa menghasilkan karya yang terbaik sekaligus mencipta sesuatu yang terbaru dan segar. Malangnya ramai dikalangan kita terutamanya yang di lahirkan sebagai bangsa "M" selalu melaungkan kata semangat, "majulah bangsaku" , " majulah negara ku" , "berushalah", " hidup M" dan pelbagai lagi kata-kata semangat yang tak ubah seperti kempen pilihanraya yang di laungkan oleh YB yang inginkan kemenangan pilihan raya. tetapi dimanakah kata-kata itu pergi?? dimanakah laungan itu di lontarkan?? sedar atau tidak ianya dilontarkan kepada orang lain, dilontarkan kepada kawan sendiri, dilaungkan kepada anak-anak muda kononnya tetapi kita lupa untuk melontarkan kata-kata semangat itu kedalam diri kita sendiri. kita sering memperingatkan kepada orang lain, tetapi kita LUPA untuk mengingatkan kepada diri kita sendiri. kita malu di lebalkan sebagai "syok sendiri ", kita takut untuk melakukan seuatu yang baru walaupun kita sering berkata "out of da box"... dimanakah out of da box kita? ramai diantara kita takut untuk melakukan ujikaji, hanya pegang kamera dan mengikut sahaja budaya lama, tidak berani membuat sesuatu yang "syok sendiri" kerana takut di tertawakan dan takut di perlekehkan. Siapa yang kita takutkan? siapa yang kita malukan?? kita malu pada kawan kawan kita, kita takut pada orang ramai, dan disebabkan takut pada "syok sendiri" kita terus mengikut peredaran budaya yang lama hinggakan kita tidak berani mencuba seuatu yang baru.Kita sebenarnya terus berada di bawah tempurung. Sedar atau tidak kita sendiri telah menutup sifat kreativiti yang ada dalam diri kita sebenarnya. Tidakkah itu sesuatu yang merugikan kita?

Aku sendiri secara terus terang, aku tidak malu untuk mengakui, banyak karya2 seni aku selama ini, aku lakukan dengan perasaan "syok sendiri", dan aku tidak terasa malu atau marah andai ada yang mengatakan aku "syok sendiri", kerana memang itulah yang aku lakukan. Aku cuba lakukan seuatu yang baru, yang jarang orang lakukan, yang ramai orang tak nak buat dan aku tidak peduli sekiranya apa yang aku buat itu akan di tertawakan atau di perlekehkan oleh orang lain, sekurang-kurangnya aku menunaikan hajat hati aku, aku melaksanakan tuntutan batin yang aku inginkan, aku penuhi hajat yang terpendam dalam diri, kerana apa? kerana aku menghormati diri aku sendiri, kerana aku sayang pada diri aku sendiri. Oleh itu...andai aku sayang dan hormat pada diri aku sendiri, mengapa aku harus takut untuk menunaikan hajat hati dan takut kepada orang lain?siapa mereka yang perlu aku takutkan.. aku hanya mengganggap mereka yang mentertawakan orang lain sebenarnya mereka itu adalah golongan pengecut dan golongan yang tidak berani untuk mengubah diri mereka sendiri, mereka adalah golongan yang tersadai di kedai kopi sambil berTT beramai-ramai untuk bercerita perihal keburukan orang lain. Aku sebenarnya bersyukur juga, andai ramai yang bersifat sedemikian... kerana apa?? kerana biarlah mereka dengan labu-labunya kedalam sungai dan bolehlah aku terus bekerja dan berusaha untuk diri aku dan keluarga aku heheeheh. siapa aku?? siapa keluarga aku?? aku lah melayu, dan keluarga akulah melayu.. dan aku telah pun membantu anak bangsaku sendiri.. iaitu melayu. tidak perlulah aku sibuk untuk membantu anak bangsa ku yang lain sekiranya mereka lebih gemar untuk membicarakan keburukan perihal orang lain daripada memikirkan kemana hala tuju diri mereka.

oleh itu, apa yang aku nak sampaikan, jangan malu pada "syok sendiri" kerana "syok sendiri" itulah yang akan melahirkan semangat dalaman yang selama ini kita tidak ketahui. cubalah . perkongsian ilmu aku ini sebagai panduan kepada anda semua, terpulang lah kepada anda semua untuk menerimanya atau tidak, aku tidak mampu untuk memaksa tetapi aku yakin, bagi mereka yang membaca perkongsian aku ini dengan cara "Ph7" , maka mereka akan memahami apa yang aku cuba sampaikan. andai tidak dapat diterima aku tidak memaksa, andai masuk kedalam minda aku bersykur. ianya sekadar perkongsian buat mereka yang memahami.

selamat maju jaya, yakinlah pada diri sendiri, jangan takut kepada orang lain, kerana orang lain adalah pesaing kita.

Monday, February 21, 2011

Ayat keramat sepanjang zaman

dulu aku pernah mengeluarkan status di wall peribadi fb berkenaan bangsa , dan setiap kali class atau seminar sekiranya teringat aku tetap mengulanginya untuk peringatan kepada umum. ayat aku

" sorry guys kalau ianya agak sensitif, aku bukan jenis orang yang tolong bangsa, tapi aku akan tolong orang yang nak tolong dia diri dia sendiri , u all come to my class sebab u all nak belajar , so u all keluarkan duit untuk belajar and aku try my best untuk kasi u all ilmu, insyallah"

sebenarnya aku sejak dulu lagi dah sangat2 muak mendengar ayat " tolong anak bangsa, tolong melayu , tolong kaum sendiri ", pada aku ia ibarat kata2 wakil rakyat untuk menang pilihanraya... " kalau kamu undi saya, saya akan bina jambatan di kampung anda" , bila dah menang lesap ntah kemana, so aku kalau bukak class im not using that words , bukan aku tak nak membantu bangsa aku maju tapi kenapa aku harus menolong bangsa aku sendiri sedangkan mereka belum tentu membantu aku?

tapi bangsa aku yang menolong aku adalah mereka yang menyertai class aku dan cara aku membantu mereka adalah dengan memberi ilmu yang terbaik dan yang aku termampu. sebab ayat tolong bangsa la, bangsa aku mintak harga diskaun, hello.. u sama bangsa dengan aku kenapa aku kena kasi harga diskaun? macammana bisnes aku nak maju kalau semua bangsa aku mintak diskaun.. kaymon la dude..kalau korang perasan, bila orang nak jual MLM je datang kat kita mesti ayat dia

" saya buat bisnes ni dan kasi tau kat abang sebab saya nak tolong abg, kita sama sama melayu, sama sama maju"

hello... kau nak majukan aku tapi kau sendiri tak maju macamamna aku nak percayakan kau?? so jangan la gunakan ayat keramat yang dah bertahun2 tu, pada aku kita hidup zaman 2000 ni penuh dengan pancaroba penuh dengan persaingan, kalau berani bersainglah cara sihat janganlah guna ayat keramat yang dah lapuk tu, tapi orang kita masih suka menggunakannya dan masih ramai yang terpedaya apabila mendengar kata2 keramat itu.

pada aku simple, kalau kau nak tolong aku kasi aku FREE la,alang2 nak menolong kasi buat amal jariah terus, kasi FREE dan tak perlu kenakan bayaran,pahala dah tentu dapat, sapa nak bayar ikut kerelaan hati dan keikhlasan.. takpayah nak guna ayat " saya tolong melayu, saya tolong bangsa " its not relevan anymore untuk zaman teknologi maklumat ini. sebab tu aku selalu guna ayat, " aku akan tolong orang yang nak tolong diri sendiri, kau bayar aku dan aku bantu kau, kita sama sama tolong menolong"

aku tak sangkal bahawa ayat keramat itu sangat hebat dan sangat mujarab dalam perniagaan, but insyallah buat masa ni im not using that words, melainkan aku dah betul2 senang, betul2 maju dan dah tak tau nak buat apa dengan kertas gambar agong tu, sampai 18 keturunan tak habis , yer.. time tu maybe aku akan gunakan ayat keramat tu.. but absolutly its gonna be FREE to all yang yang memerlukan....

apapun aku minta maaf, sekiranya penulisan aku ini ada yang menyinggung perasaan mereka yang berjiwa tegar tentang bangsa, aku masih sayang bangsa aku tapi aku harus menolong anak bangsa aku dulu.. siapa anak bangsa aku? anak aku.. anak aku yang sama bangsa dengan aku.. so aku kena tolong anak2 aku dulu, aku taknak jadi kera di hutan di susukan anak di rumah mati kelaparan.. i wont do that to my family.. aku taknak jadi ayah yang dol.. aku rasa aku harus share benda ni coz kita kena fikir terus kedepan, sapa yang suka bole guna pakai siapa yang tak suka aku tak paksa dan aku minta maaf sekiranya ia tidak menepati citarasa anda..

dalam kehidupan ini bantulah diri kamu dahulu sebelum kamu ingin membantu orang lain, tetapi jika kamu rasa kamu selesa untuk membantu orang lain dahulu berbanding diri sendiri, itu hak kamu... tiada siapa yang mampu menghalangnya.

artikel ini saya copy dari achung!
P/s : sorry bro haha..!!

Sunday, February 20, 2011

L.I

Latihan Industri,sudah Sebulan lebih aku di sini.Tingal sebulan lebih lagi,lama ke tu?
I like this Place,dekat dengan kampung,x perlu jauh2 untuk pergi buat praktikal. Guru2 di sini Baik hati dan peramah,senang nak kata semua kakitangan di sini ok aje hohoho..
Di sini aku xtau apa position aku sebenar,graphic designer ya.. guru ya... Aku datang sini ada sebab.Pertama sebab keluarga,aku mahu dekat dengan family aku.Kedua sebab anak bangsa aku,aku mahu anak bangsa aku buka mata,jangan pandang bidang Multimedia ni mereka tidak boleh berjaya,Sebab dulu Pernah mereka bersuara,bidang yang aku ceburi ini susah untuk dapat kerja, ayuh anak bangsa ku fikirlah dulu sebelum berkata,Dunia sekarang bersaing menggunakan teknologi maklumat.
INGAT !!
Peluang Yang Besar Itu Datang Secara Tiba-Tiba. Datang Tidak Menentu Masa.Datang Di Saat Kita Kesempitan & Kesusahan.Nilailah Peluang Itu Secara Bijaksana.Rebutlah Peluang Yang Besar Itu,Kerana Peluang Yang Besar Itu Boleh Berlalu Dengan Tiba-Tiba.Jangan Jadikan Seribu Alasan Untuk Tidak Merebut Peluang Yang Besar Itu.." Prof Dr. Hamka

toolbars