photography anda

photography anda
snap je kalau xtau..t dpt la pix yg menarik

Friday, October 14, 2011

SKUD SAYANG ?

Dengar nama skud sayang di laungkan,terasa sesuatu yang lembut, melihat ada satu kenderaan lalu depan rumah terasa ada sesuatu berlaku, Namun itu dulu di mana skud sayang bergerak memberi bantuan kepada yang memerlukan.
Aku Tidak duduk dalam mana2 parti politik,aku tidak suka berpolitik kerana politik sekarang terlalu kotor dengan wang ringgit menjadi suapan kepada rakyat untuk merintih undi!
Namun begitu,aku terpanggil untuk membicarakan soal skud sayang! Apa fungsi skud sayang? – Bagi aku skud sayang di wujudkan untuk membantu kaum yang lemah terutamanya wanita dan kanak2,itu fahaman aku,tapi aku tak Nampak semua itu kini,apa yang aku Nampak ianya merupakan satu pembaziran wang kerajaan yang di gunakan olah pihak tertentu untuk kepentingan diri mereka sahaja…
Skud sayang mempunyai Kenderaan Khas, kenapa tidak kenderaan tersebut di gunakan untuk membantu mereka yang susah sebagai contoh,bawa orang sakit ke hospital,ibu mengandung yang dah nak bersalin,mengangkut barang2 orang yang berpindah kerana banjir,Pendek kata ia HANYA untuk MEMBANTU MEREKA YANG SUSAH DAN MEMERLUKAN bukan untuk BERKEMPEN DAN MERAIH UNDI!!...
Kadang kala nawaitu tidak sama dengan tindakan,Andai sesiapa yang membidas pendapat aku,aku sedia berdebat dengan mereka kerana ramai orang2 kampung berkata,mereka hanya membajirkan hak kerajaan dan wang kerajaan.. Beraninya aku menulis di sini kerana aku sendiri melihat dan mendengar orang2 kampung yang rata-ratanya kecewa dengan mereka.
Ada Satu Majlis yang di adakan di kawasan aku,aku sendiri melihat mereka seperti meminta diri mereka di sambut alah2 ketua menteri,mereka seperti meminta mereka di layan seperti vvip.. makan berasingan dengan orang ramai, lepas makan mereka terus balik, BAGUS! Begitukah sikap mereka terhadap rakyat? Mana sifat prihatin mereka? Kenapa tidak mereka makan dan minum bersama orang2 ramai,dan membantu menyediakan makanan kepada orang2 ramai?
Aku tidak tahu akan makna politik,aku tidak tahu berapa pentingnya politik,yang aku tahu politik itu terlalu aib bagiku,setiap kali masa mengundi,pasti orang2 ramai diberikan wang ringgit untuk menggundi? Untuk apa wang tersebut? RASUAH? Nazubillahminzalik.. ALLAHUALAM.. renung2kanlah…

toolbars