photography anda

photography anda
snap je kalau xtau..t dpt la pix yg menarik

Monday, September 20, 2010

PergiNya Tak Akan KemBali

Seperti biasa apa bila hari ahad 19/09/2010.Aku tidur di siang hari,dan pada hari tersebut aku tertidur sehingga malam,dalam jam 9 malam aku mendapat SMS daripada abangku.Satu cerita penuh kejutan penuh kesedihan,pak cik ku meninggal dunia,sakit apa kurang pasti pula,tapi ada yang mengatakan dia mengejut sakit perut,entah la.Lepas mendapat berita tersebut,aku cuba mendapat kepastian tentang sahihnya khabar itu.Aku menghubungi ibu ku,dan jawapan yang sama ku terima,aku juga menghubungi kakak ku yang berada di negeri sambilan,esakan tangis menyambut pangilanku,dan selepas itu aku menghubungi kakak ku yang ke-4,dia berada di Hospital ketika itu,ada bersama2 jenazah,bersiap2 untuk balik ke rumah mengiringi jenazah,dan selepas itu aku menghubungi ahli keluarga yang lain.Semuanya bersedih atas pemergian arwah,aku yang kuat ketika itu mampu mengalirkan air mata.Ketika itu,kekasih hati ku berada bersamaku,terima kasih sayang ku kerana berada di sisiku ketika aku susah dan senang,ia menenangkan aku.Semalam tersebut mood aku di awang-awangan untuk balik ke kampung,tapi apakan dayaku..EXAM menyekat niatku,20/09/2010 aku menduduki peperiksaan akhir.Ya tuhan,dalam keadaan fikiran ku kacau,jiwa tidak tenteram,aku menduduki exam.Tapi ku kuatkan hati untuk terus berjuang!

4 comments:

  1. huhuhuhuhuhuhu :(
    be strong

    ReplyDelete
  2. huhuhuh......bila fikir ini,masih ada adegan saya menengok bagaimana dia dibawa ke kuburan dan saya umban tanah(masuk saya bagi tanah)masa tu hari sekolah tapi macam nadia,saya tidak pergi sekolah.rasa sedih bla terfikir kembali........

    ReplyDelete

toolbars