photography anda

photography anda
snap je kalau xtau..t dpt la pix yg menarik

Friday, June 29, 2012

HATI QARTINY

“ .. Dia kata sayang , tetapi aku tidak pernah merasakan kasih sayang yang dia katakan itu . Ada sahaja alasannya setiap kali aku meminta penjelasan tentang kasih sayangnya .. Apa yang berat sangat untuk melafaskannya ?.. Kalau benar dia sayangkan aku , salahkah aku bertanya meminta bukti , sayang itu kepada aku ?.. Salahkah aku ?.. Berdosakah aku ?.. Aku sudah bosan dengan mainan kata-katanya . Sekadar untuk menjaga hati aku sahaja , aku rasakan . Dia yang mengheret hati aku , jiwa aku sehingga aku merangkuk sesat dalam dunia aku sendiri . Sampai bila aku masih menunggu , sedangkan hari-hari ku semakin kelam semakin gelap . Sesat ku semakin jauh. Bagai tidak ada titik berhentinya . Aku di biarkan sahaja begitu, tidak di pimpinnya untuk mencari jalan pulang . Sedangkan dia masih lagi gairah dengan ego dan sikap pura-puranya tentang kasih sayang .. Tidak berasa berdosakah dirinya ? , yang telah menjadikan aku hidup begini ?.. Hati aku semakin lama semakin jauh untuk membentuk kemekaran kasih sayang itu . Hati aku sudah lama koyak , sudah lama menangis. Telah aku cuba memujuk hati aku sendiri . Aku tidak akan berpaling lagi kali ini melihat wajah mu . Aku akan pergi tinggalkan mu buat selama-lamanya . Di dalam hati aku sudah penuh dengan janji-janji mu yang tidak pernah terkota , tidak pernah terjawap sehingga membentuk kutul-ketul zarah kebencian yang kuat pada diri mu . Aku cukup-cukup membenci mu . Benci !! .. Moga kau sedar bahawa dunia ini bulat dan satu hari nanti kau tak perlu menyesal bila kau berada di tempat aku sekarang dengan rasa yang sama sepertimana yang aku rasa .. ~ HATI QARTINY ~ By AUCU

No comments:

Post a Comment

toolbars