photography anda

photography anda
snap je kalau xtau..t dpt la pix yg menarik

Sunday, February 27, 2011

Syok Sendiri

Isu yang aku ingin bangkitkan disini adalah berkenaan "syok sendiri".
Ramai orang akan malu, akan melenting dan akan menafikan sekiranya dia di lebal sebagai syok sendiri, kerana ianya di anggap sesuatu yang memalukan. Pada aku secara jujur, melakukan kerja "syok sendiri" adalah seuatu yang sangat bagus dan ia merupakan satu semangat dalaman dalam diri kita untuk meningkatkan kualiti diri. Bagaimana ianya terjadi?. Dalam industri forografik ini, ianya adalah industri yang di masukkan kedalam golongan industri seni, oleh itu apabila kita berada dalam industri seni, tak kiralah nyanyian, puisi, lakonan filem dan apa sahaja yang berkaitan dengan seni, sifat dalam diri untuk bekerja hendaklah datang secara jujur dalam diri kita. Maka akan lahirlah sebuah karya yang benar-benar kita hargai dan benar- benar memberi kepuasan kepada kita, oleh sebab demikianlah " syok sendiri " itu yang membantu untuk kita melahirkan karya-karya yang telus dari hati kita. Apabila kita melakukan karya yang dikatakan "syok sendiri" ianya memberi kepuasan kepada diri kita dan sudah pasti ianya karya yang baik. apabila ianya menjadi karya yang baik maka dari situlah karya kita akan di hargai oleh orang lain. Jangan kita mengharapkan penghargaan daripada orang lain sedangkan kita sendiri tidak menghargai karya kita sendiri, paling penting dalam menghasilan karya yang baik adalah, kita mesti menghargai karya kita sendiri. kerana karya kita adalah diri kita dan apabila kita menghargai karya yang terhasil daripada diri kita, itu bermakna kita telah menghargai diri kita sendiri.

Penghargaan yang diberikan oleh orang lain kepada karya kita, akan membuatkan kita lebih bersemangat dan ceria, sifat rohaniah ini amat penting untuk membuatkan kita sentiasa menghasilkan karya yang terbaik sekaligus mencipta sesuatu yang terbaru dan segar. Malangnya ramai dikalangan kita terutamanya yang di lahirkan sebagai bangsa "M" selalu melaungkan kata semangat, "majulah bangsaku" , " majulah negara ku" , "berushalah", " hidup M" dan pelbagai lagi kata-kata semangat yang tak ubah seperti kempen pilihanraya yang di laungkan oleh YB yang inginkan kemenangan pilihan raya. tetapi dimanakah kata-kata itu pergi?? dimanakah laungan itu di lontarkan?? sedar atau tidak ianya dilontarkan kepada orang lain, dilontarkan kepada kawan sendiri, dilaungkan kepada anak-anak muda kononnya tetapi kita lupa untuk melontarkan kata-kata semangat itu kedalam diri kita sendiri. kita sering memperingatkan kepada orang lain, tetapi kita LUPA untuk mengingatkan kepada diri kita sendiri. kita malu di lebalkan sebagai "syok sendiri ", kita takut untuk melakukan seuatu yang baru walaupun kita sering berkata "out of da box"... dimanakah out of da box kita? ramai diantara kita takut untuk melakukan ujikaji, hanya pegang kamera dan mengikut sahaja budaya lama, tidak berani membuat sesuatu yang "syok sendiri" kerana takut di tertawakan dan takut di perlekehkan. Siapa yang kita takutkan? siapa yang kita malukan?? kita malu pada kawan kawan kita, kita takut pada orang ramai, dan disebabkan takut pada "syok sendiri" kita terus mengikut peredaran budaya yang lama hinggakan kita tidak berani mencuba seuatu yang baru.Kita sebenarnya terus berada di bawah tempurung. Sedar atau tidak kita sendiri telah menutup sifat kreativiti yang ada dalam diri kita sebenarnya. Tidakkah itu sesuatu yang merugikan kita?

Aku sendiri secara terus terang, aku tidak malu untuk mengakui, banyak karya2 seni aku selama ini, aku lakukan dengan perasaan "syok sendiri", dan aku tidak terasa malu atau marah andai ada yang mengatakan aku "syok sendiri", kerana memang itulah yang aku lakukan. Aku cuba lakukan seuatu yang baru, yang jarang orang lakukan, yang ramai orang tak nak buat dan aku tidak peduli sekiranya apa yang aku buat itu akan di tertawakan atau di perlekehkan oleh orang lain, sekurang-kurangnya aku menunaikan hajat hati aku, aku melaksanakan tuntutan batin yang aku inginkan, aku penuhi hajat yang terpendam dalam diri, kerana apa? kerana aku menghormati diri aku sendiri, kerana aku sayang pada diri aku sendiri. Oleh itu...andai aku sayang dan hormat pada diri aku sendiri, mengapa aku harus takut untuk menunaikan hajat hati dan takut kepada orang lain?siapa mereka yang perlu aku takutkan.. aku hanya mengganggap mereka yang mentertawakan orang lain sebenarnya mereka itu adalah golongan pengecut dan golongan yang tidak berani untuk mengubah diri mereka sendiri, mereka adalah golongan yang tersadai di kedai kopi sambil berTT beramai-ramai untuk bercerita perihal keburukan orang lain. Aku sebenarnya bersyukur juga, andai ramai yang bersifat sedemikian... kerana apa?? kerana biarlah mereka dengan labu-labunya kedalam sungai dan bolehlah aku terus bekerja dan berusaha untuk diri aku dan keluarga aku heheeheh. siapa aku?? siapa keluarga aku?? aku lah melayu, dan keluarga akulah melayu.. dan aku telah pun membantu anak bangsaku sendiri.. iaitu melayu. tidak perlulah aku sibuk untuk membantu anak bangsa ku yang lain sekiranya mereka lebih gemar untuk membicarakan keburukan perihal orang lain daripada memikirkan kemana hala tuju diri mereka.

oleh itu, apa yang aku nak sampaikan, jangan malu pada "syok sendiri" kerana "syok sendiri" itulah yang akan melahirkan semangat dalaman yang selama ini kita tidak ketahui. cubalah . perkongsian ilmu aku ini sebagai panduan kepada anda semua, terpulang lah kepada anda semua untuk menerimanya atau tidak, aku tidak mampu untuk memaksa tetapi aku yakin, bagi mereka yang membaca perkongsian aku ini dengan cara "Ph7" , maka mereka akan memahami apa yang aku cuba sampaikan. andai tidak dapat diterima aku tidak memaksa, andai masuk kedalam minda aku bersykur. ianya sekadar perkongsian buat mereka yang memahami.

selamat maju jaya, yakinlah pada diri sendiri, jangan takut kepada orang lain, kerana orang lain adalah pesaing kita.

2 comments:

toolbars